Sunday 29 July 2012

CERITA SOFEA;

Jun 2009,
Sofea intai  Ain di sebelah kubikel dari tadi khusyuk mengadap skrin komputer.  Sofea menguap untuk kesekian kalinnya pagi ni, jam di tangan di kerling. Lagi setengah jam rehat. Hari pertama masuk kerja, memang tak ada buat apa-apa. Pegawai kanan bawak semua pembantu perpustakaan baru ronda bangunan perpustakaan empat tingkat ni, bermula dengan tingkat dua. Minggu pertama ni kira macam orientasi la, belajar macam mana nak key in untuk pinjam, pulang buku, renew lepas tu  belajar macam mana kalau ada student nak booking bilik meeting ke apa ke. Kira itulah prospek kerja dia sebenarya sebab ramai yang assume kerja dia macam pengawas perpustakaan dekat sekolah tu. Sebenarnya lebih kurang, cumanya ni dapat gaji. Matanya dari tadi mahu tertutup, lepas ronda tingkat dua tadi, pegawai kanan bagitahu yang lepas lunch baru sambung balik. Saat matanya mahu terlelap, dia rasa bahu sebelahnya di cuit.
         “Sofea, jom rehat.” Sofea tersentak. Dia menggosok mata. Ain disebelahnya sudah bangun. Nisa di depan kubikel Ain turut bangun.
Sofea segera mencapai purse dalam beg, sambil menuju pada Ain dan Nisa sudah menunggu di hadapan, dia sempat jeling pada kubikel kosong di depannya.
*****
Nisa dan Ain masing-masing dah ambil tempat, Sofea masih lagi mencari lauk yang kena dengan selera. Hari pertama memang dia tak boleh nak expect buat jadual dalam kepala nak makan apa.
         “Nak makan apa la ni, banyak sangat lauk confused la pulak,” gumam dia dalam hati. Sofea pandang sekeliling, matanya tiba-tiba terdorong pada sekumpulan lelaki yang dia assume kerja sama tempat dia dengan dia jugak (berdasarkan lanyard yang  tergantung dekat leher masing-masing). Dia meletakkan pinggan atas meja, lengan baju kurung di selinsing sedikit menuju ke arah sinki yang kebetulan berada bersebelahan dengan sekumpulan lelaki tadi, dia memandang lagi kemudian menghantar senyuman sambil menunggu giliran. Matanya terarah pada lelaki kemeja biru yang dari tadi mengukir senyum.
“Staff baru ke?” Lelaki kemeja biru menegur.
Sofea mengangguk.
         “Mikhail Rahman,” ujarnya ringkas.
         “Sofea Ismail,” balas dia kembali. Sofea balas senyum, kedua belah pipinya  terlekuk. Setiap kali dia senyum pipinya akan kedalam. Dulu abangnya pernah cakap yang dia cacat sebab ada lesung pipit, tapi sebenarnya cacat yang cantik. Dia penah baca yang lesung pipit sebenarnya sebabkan oleh otot zygomaticus utama yang lebih pendek dari ukuran sebenarnya atau otot ini terbelah menjadi dua kondisi dan sebabkan ada lekukan di pipi.
Mikhail senyum lagi membalas sambil mengangguk jemput makan (berdasarkan gerak-gerinya), Sofea segera basuh tangan, rupanya dah setengah minit sinki depannya kosong.
*****
Usai solat Zohor, Sofea kembali pada kubikel. Pegawai kanan bagitahu yang petang ni tak jadi taklimat sebab semua pegawai ada mesyuarat, so sementara nak tunggu office hour habis semua pakat online la apa lagi. Kubikel depannya yang tadi kosong nampak sudah ada penghuni sebab dia terperasan mug biru itu keluar asap nipis. Setengah minit kemudian Sofea nampak lelaki kemeja biru tu yang  tegur dia dekat kedai makan tadi.
         “Sofea kan?” tegur kemeja biru sambil koyak senyum lagi.
Sofea angguk lagi.
         “Tak sangka pulak depan kubikel,”
Sofea gelak, dia mengangguk lagi.
         “Puan Sofea, welcome aboard,”
         “Thanks, by the way Cik Sofea, saya belum kahwin lagi,” balas Sofea. Kala itu Mikhail koyak senyum lebar.
*****
Ain menatang pinggan berisi karipap sardine dan dua mug nescafe panas ke ruang tamu.
         “Sofea, best jugak kerja dekat library kan,” ujar Ain sambil mengigit karipap.
         “Okay la jugak, best,” balas Sofea. Best sebab Mikhail ke best sebab library Sofea oii. Sofea senyum sendiri. Entah-entah dia tu dah kahwin ke apa, cepat-cepat dia menghalang perasaan itu. Ain mengangguk-angguk. Mulut disumbat lagi dengan karipap. Mata kembali memandang pada skrin televisyen, tiba-tiba Sofea rasa handphone nya bergetar. Sofea pandang pada skrin telefon bimbitnya, pelik.
         019457XXXX
Siapa la pulak ni. Mungkin Nisa kot sebab dia memang ada bagi nombor telefon dekat Nisa, rakan sekerja barunya tadi.
 Salam Sofea – 019457XXXX
Takkan la Nisa tak bagi tahu nama dia, tapi jari jemari pantas membalas.
            Walaikumusalam- Sofea. Butang send di tekan.
            “Ain, 019457XXXX ni no Nisa ke?” tanya Sofea.
            “Bukan, Nisa guna 012,” balas Ain balik. Sofea telan air liur. Siapa pulak la ni, dia memang tak suka SMS dengan orang yang dia tak kenal. Jemarinya pantas lagi menaip.
            Awak ni siapa?- Sofea
Sofea menunggu pemilik 019457XXX membalas, setengah saat kemudian.
            Saya orang la-019457XXXX
Sofea menutup telefon kemudian dicampak atas meja, malas dia nak layan orang macam ni, buang masa.
*****
Sofea duduk melepaskan penat, dia meneguk air mineral. Penat juga marathon perpustakaan ni, dari tingkat 2 ke tingkat 3 ke tingkat 4. Ain di sebelahnya pun tercungap-cungap. Dah nak sebulan dekat sini, jadi minggu depan secara rasmi dia akan bertugas ikut shift dan keberangkalian shift sama dengan Ain amatlah susah sebab dia dengan Ain berbeza kumpulan. Dia fikir macam mana la nak balik malam-malam nanti. Shift akhir habis pukul 10.30 malam, takpe la kalau tak sama dengan Ain dapat dengan Nisa pun takpe. Telefon bimbitnya bergetar lagi. 019457XXXX. Dah dekat sebulan nombor ni mengacau ketenteraman hidup dia yang paling geram sebab tak mengaku siapa dia. Bila dia try call, tak penah nak angkat sebab membuatkan dia bertambah curious pemilik 019457XXXX, tahu je apa yang dia buat sepanjang dia kerja dekat library ni, dia pakai baju apa, dia datang awal ke dia datang lambat ke pergi kerja.
            Awak, saya malas dah. Bagi tau siapa awak balas Sofea. Pantas dia membalas, dia dah penat berteka-teki dengan makhluk ni. Sofea duduk melepaskan lelah, setengah minit kemudian telefonnya bergetar lagi.
            Dekat pantry sekarang, saya pegang mug biru – 019-457XXXX
Sofea kerut dahi. Mug biru? Mikhail ke dia menyoal dirinya sebab dia selalu nampak Mikhail sorang je pegang mug biru. Dia berjalan ke arah pantry. Tepat sekali tekaan bila dia nampak Mikhail sorang je ada dekat pantry sambil pegang mug biru. Sofea kerut dahi lagi, dia bawak keluar cawan kertas dari almari, dan tadah air dari water dispenser.
            “Sofea,” suara Mikhail memanggil.
Sofea membatu. Memang Mikhail. Kala itu tidak tahu hatinya mahu marah atau gembira, perasaan itu bercampur baur.
            “019-457XXXX,” senafas Sofea menyebut, badan di pusing menghadap Sofea  dia sudah hafal nombor telefon itu.
            “Ya,” lemah suara dia menjawab.
            “Kenapa?”
            “Saya nak kawan dengan awak,”
            “Sekarang kita bukan kawan ke?” soal Sofea lagi
            “Memang la tapi…”
            “Sofea, oh Sofea,” suara Ain dari belakang memanggil.
Sofea panggung kepala ke belakang.
            “Kenapa?” soal Sofea pada Ain. Mikhail tak jadi menghabiskan ayatnya. Dia berpura-pura mengacau air.
         “Pegawai kanan nak jumpa kau sekarang,” tarik Ain. Sofea berlalu tapi sebelum itu sempat dia  hantar pandangan pada Mikhail.
*****
Selepas kejadian itu, bila dia dan Mikhail bertentang mata, Sofea akan cepat-cepat melarikan pandangannya. Mikhail pun dah berhenti SMS dia sejak kejadian di pantry sebulan lepas. Bulan ni dia shift malam seorang diri, habis perpustakaan tutup, dia kembali ke kubikel mengambil barang. Kelihatan Mikhail masih lagi ada, dia shift malam jugak agaknya tapi tingkat lain patutla dia tak perasan.
         “Sofea, nak balik dah ke?” tegur Mikhail.
Sofea mengangguk, mulutnya terkunci.
         “Biar saya hantar, “ laptop terus  ditutp,  kunci kereta di atas meja di ambil.
Mulanya dia mahu menolak tapi rasanya dia lebih percayakan Mikhail daripada kena mengadap naik teksi sorang-sorang. Seram. Mikhail buka pintu kereta, tangan di depang tanda – jemput masuk wahai Puteri Sofea. Haha, terlebih gula dia ni.
Sofea pandang Mikhail di sebelah yang terkumat-kamit, gamaknya baca doa naik kenderaan. Radio di buka, lagu ‘for the rest of my life’ berkumandang.
         “Saya suka lagu ni,” suara Mikhail pecah sunyi. Sofea senyum segaris.
Lima minit berlalu, ‘For the rest of my life’ dah berganti dengan lagu ‘Jangan Pisahkan’. Sedar tak sedar destinasi yang dituju dah sampai. Pintu kereta di buka.
         “Terima kasih,” ujar Sofea kemudian mengangguk.
         “Tak ada apa-apa pun, kalau duty sama-sama saya hantar awak balik. Bahaya sorang-sorang macam ni,” balas dia.
         “Takpe…”
         “My pleasure…” Mikhail lempar senyum lagi.
         “Eh..awak naik dulu, saya tunggu sampai awak naik baru saya pergi,” tambah dia lagi.
Sofea mengangguk lagi. Dia mendaki tangga, dia jenguk bawah dan kereta Mikhail masih di situ. Telefon bimbit di bawa keluar.
         Dah buka pintu grill, Thanks! – SMS di hantar.
Setengah saat kemudian.
         OK. Take care J - balas dari sebelah sana.
Dan dua-dua koyak senyum andai kalau tertelan lemon sekarang pun masih boleh senyum lebar.
*****
“Hujan la weh, macam mana nak pergi kerja ni?” Kekisi tingkap di tutup. Jam di rasakan makin pantas. Lima minit kemudian, dia sarung kasut. Nak tak nak dia kena redah jugak nampaknya.
“Waktu macam ni la teksi takde,” gumam Sofea dalam hati. Tangan dia dah lenguh dari tadi di depang, menahan teksi yang lalu, semuanya ada penumpang. Baju pun dah basah, kalau nak patah balik tukar baju gamaknya makin lambat la dia sampai.  Kurang lima minit kemudian, sebuah teksi berhenti dan Sofea terus melompat naik.
*****
Payung dipegang sebelah, sambil tangan di sebelah mencucuk kunci pada palam kereta. Sebuah teksi berhenti di depan keretanya, susuk tubuh yang keluar dari teksi itu memang dia sangat kenal. Kunci direntap berlari pada susuk tubuh yang sudah berdiri di bawah susur beratap. Wajah itu basah, dan dia lihat susuk tubuh itu memeluk tubuh mengigil. Jaket dibuka, kemudian di hulur pada si dia yang sedang menggigil lagi.
         “Sofea, awak pakai sejuk ni…”
Hujan masih lagi turun lebat tanda tidak mahu berhenti. Sofea menggeleng. Dia masih memeluk tubuh. Mikhail letakkan jaket di bahu Sofea. Dia mulanya mahu menolak lagi, tapi sungguh dengan baju yang basah dan angin yang datang memang tidak mampu membendung dia dari kesejukan. Sofea akur.
         “Thanks…” ucap Sofea.
         “My pleasure…” dia koyak senyum lebar.
         “Jom, saya hantarkan balik rumah awak tukar baju dulu kemudian saya hantar awak balik pergi sini,” tambah Mikhail. Dia terus berlari ke arah kereta sambil mengangkat tapak tangan tanda tunggu situ jangan pergi mana-mana. Kereta diberhenti betul-betul di tepi susur beratap. Nak tak nak Sofea terus meloloskan diri ke dalam kereta.
******
“Ain, lagi two weeks birthday Sofea kan?” tanya Mikhail
Sewaktu dia di pantry dengan Ain. Mug biru berisi nescafe dihirup perlahan. Kebetulan minggu ni dia bertugas dengan Ain jadi memang senang la dia nak melaksanakan rancangan. Hari jadi Sofea memang awal-awal lagi dia mark dekat kalendar. Maklumat yang di perolehi hasil dia curi-curi tengok staff record, waktu dia nak dapatkan nombor telefon Sofea.
         “Aah..kenapa?” soal Nisa pelik. Kening kirinya terangkat.
“Jom kita sambut birthday dia, beli kek ke?” cadang Mikhail.
         “Orait jugak tu, kebetulan malam tu aku, kau dengan Sofea sama-sama shift pagi kan?”
         “Yep…”
         “Set, kau beli kek nanti aku bagi tahu dekat staff yang sama shift. Nanti duit kita collect balik. Orait?”
         “Deal…” jawab Mikhail. Nisa berlalu keluar dari pantry, dan si pemegang mug biru masih lagi tidak putus senyum sambil merencana program dalam fikiran.
*****
Januari 2010,
         “Mana la Ain ni memang tak boleh harap la, dah la student ramai waktu-waktu macam ni dia boleh la pulak la nak pergi tandas segala…” Sofea membebel. Ye la dari pagi tadi dia nampak Ain tak senang duduk kejap-kejap keluar. Shift dia tamat lagi setengah jam, lepas ni balik rumah dia nak rehat puas-puas. Jam di dinding di kerling, Kak Suria yang mengambil shift seterusnya sudah datang sambil tersengih-sengih, dan dia memang la pelik sebab hari ni semua orang lain macam dengan dia. Bila tadi dia nak masuk pantry cepat-cepat Ain menghalang, katanya sempena hari jadi dia hari ni dia tawarkan diri supaya birthday girl dapat layanan istimewa. Memang la satu office tahu yang hari ni birthday dia, tapi tak akan la dia sampai satu hari ni semua orang tersengih-sengih pandang dia. Minggu lepas birthday Kak Suria pun tak adalah sampai satu office nak sengih-sengih kerang pun. Lima minit sebelum shift tamat dia mengemas meja, dan sebelum tu nak singgah masuk office dulu, nak ambil barang.
         “Happy birthday Sofea, semoga panjang umur murah rezeki,” ucap Abang Mirza yang mengganti tempat Ain pula sebelum dia melangkah keluar.
         “Thanks,” sebaris dia menjawab terus melangkah keluar.
*****
“Kenapa rasa pelik je office ni takde orang?”, Sofea pandang pada kubikel depannya yang kosong. Dia orang ni suka hati je buat program mengular beramai-ramai tak ajak dia. Haish…Sofea kalau la pegawai kanan tau kau ada niat nak buat program mengular memang masak la kau, jawatan tu pun belum confirm lagi. Sofea mengemas kemudian di masuk ke dalam begnya, baru sahaja dia mahu  melangkah keluar berkumandang…
         “Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Sofea, Allah selamatkan kamu…”
Sofea menoleh ke belakang, dia nampak  Ain, Nisa, dan budak office yang lain menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu, kemudian di sebalik itu dia dapat nampak Mikhail memegang kek kemudian berdiri di depan Sofea. Sofea tergamam, saat itu mulutnya terkunci sungguh dia terharu.
         “Sofea, selamat hari jadi,” ucap Mikhail. Sofea mengangguk yang lain pula bertepuk tangan. Mata mereka bertentang seketika.
         “Dah…dah buat Cerekarama tu, cepat potong kek aku tengah duty ni weh karang tak pasal-pasal kena bambu,” tiba-tiba Nisa bersuara dari belakang yang lain pula menyambut dengan ketawa.
Sofea ketawa mendengar leteran Nisa, Mikhail hulur pisau plastik sambil menghantar satu lagi pandangan. Sofea terus koyak senyum.

****
Julai 2010,
Beg tangan di letak di atas meja, dia mengerling pada kubikel di hadapannya. Kosong.  Mug biru itu di atas mejanya itu juga tidak berisi. Lama sungguh rasanya dia tak nampak pemilik mug biru itu. Cuti seminggu membuatkan dia rasa malas nak mula berkerja balik walaupun cuti seminggu memang tak cukup bagi Sofea tapi syukur Alhamdulilah  banyak benda yang dapat diselesaikan, dia sempat habiska buku novel yang dah berhabuk lama dia beli, sempat marathon habis drama Korea yang dah berapa lama dia download tapi tak sempat nak tengok dan paling penting dia sempat curi balik JB. Kebetulan cuti tahun dia banyak lagi, jadi dia sengaja apply emergency leave dan terus balik JB esoknya.
         “Sofea,” suara dari belakang mematikan pandangannya pada mug biru itu. Sofea serius kau angau tak dapat tengok orannya mug biru tu pun jadi kau tenung.  Dia memusing badan mencari pemilik suara yang memanggilnya. Abang Mirza tersengih memandangnya.
         “Selamat bertunang Cik Sofea begitula bertunang tak jemput pun abang. Kecik hati abang ni tau,”ujar abang Mirza.
Sofea melopong. Bertunang? Sejak bila dia bertunang, patutla dia pelik sejak dia sampai tadi dia perasaan staff-staff yang terserempak dia tadi menjeling-jeling tangan dia, paling tepat pada jarinya.
         “Abang Mirza, Kak Yam panggil naik atas,” tiba-tiba Nisa terjengul dari muka pintu.
         “Sofea, syukur kau selamat. balik bertunang tak ajak aku tau. Sentap aku kalau tak sebab Ain bagi tau semua orang buat spekulasi yang kau kena culik dengan alien la, dah berhenti kerja la. Tapi aku tetap tak puas hati kau tak ajak aku tau. Sentap tau,” giliran Nisa menyemburnya tak berhenti. Sofea terpaku lagi. Bertunang? Kenapa dia tak tahu yang dia bertunang.
“Abang Mirza cepat la karang Kak Yam mengamuk karang tu,”
“Eleh…orang tunggu dia membebel tak berhenti-henti dari tadi la,” abang Mirza mencebik.
“Banyakla…Sofea, I catch up with you later kau ingat aku sentap lagi ni tau. Jom cepat abang Mirza,” Nisa menarik lengan kemeja abang Mirza.
Sofea mengeleng-geleng kepala. Kenapa la dia seorang je tak tau yang dia dah bertunang. Ni sah mulut Ain ni. Jemarinya lincah mendail nombor Ain. Setengah saat nada tersambung,
         “Whats up Sofea?”
         “Banyak la kau punya whats up, weh kau cakap aku dah bertunang ke wei?
Ain gelak.
         “Sofea, aku ada hal ni. Call you later,” lekas-lekas Ain mematikan talian. Siap kau Ain balik rumah nanti.
*****
Bahu yang sengal-sengal di urut perlahan. Matanya tertancap pada skrin laptop, sesekali dia tersengih. Lepas kejadian hari tu budak-budak ofis nya ramai yang ucapkan tahniah pada dinding Facebook. Dia malas nak clarify jadi dia tak cakap banyak, dia sengih je. Sedang asyik mendengar lagu Andaiku bercinta lagi nyanyian Mojo, bunyi berdenting. Facebook chat nya berkelip-kelip.
         Mikhail: Salam, selamat bertunang
         Sofea: Walaikumusalam, Mikhail, saya nak jumpa awak petang esok balik kerja boleh ke?
         Mikhail: Okay.
*****
Mikhail mendengus perlahan Hatinya di palu resah sejak seminggu yang lalu dia dengar yang Sofea dah bertunang. Memang tak mustahil sebab tiba-tiba Sofea menghilang seminggu, memang dia pernah cuba nak hubungi Sofea tapi entah kenapa hatinya keras. Dia memandang lama telefon bimbit, nombor telefon Sofea di dail belum sempat nada tersambung dia lekas-lekas menekan butang merah. Hatinya resah lagi.
*****
Pintu kereta dibuka perlahan, Sofea meloloskan diri ke dalam kereta, tangannya menarik tali pinggang keledar. Mikhail tersenyum memandang. Dia memandang Sofea tersenyum. Lima minit setelah masuk ke dalam kereta masing-masing membisu.
         “Mikhail, saya ada benda nak bagi tahu awak sebenarnya tapi lebih baik rasanya saya bagi tahu face to face supaya awak tak salah sangka, selain family saya awak orang kedua yang tahu,” Sofea cuba menghidupkan suasana sunyi yang tercipta sejak dari tadi.
Mikhail senyap. Hatinya berdegup kencang. Mungkin betul sangkaan dan khabar angin selama ni Sofea memang dah bertunang. Air matanya sudah bergenang, dia sedaya upaya menumpukan perhatian pada pemanduannya. Ya Allah cekalkan la hati aku untuk menerima segala apa yang berlaku. Mikhail mengangguk keras, sempat di amenjeling pada jari Sofea segera Sofea menyembunyikan jemarinya.
         “Cakap la, apa benda yang awak nak cakap?” ada nada keras pada suaranya.
         “Tunggu la sampai nanti baru saya bagi tahu,”jawab Sofea lembut.
         “Bagitahu la, saya tak boleh nak fokus drive nanti,”ujarnya. Suara dia mendatar. Mikhail cuba menumpukan perhatian lagi, tanpa disedari air mata sedikit lagi mahu tumpah. Pantas dia menyeka sebelum dia mencurah-curah lagi. Entah kenapa hatinya tidak tenteram. Dia takut akan kebenaran yang bakal diterima  Sofea tak sampai hati, dia tahu Mikhail bukan jenis yang mudah menangis.
         “Awak,” panggil Sofea lembut.
Mikhail senyap, dia terus melemparkan pandangan pada jalan raya.
         “Awak..ingat tak hari ni Isnin lepas berapa hari bulan?” soal Sofea tiba-tiba.  
Otaknya ligat mengira.
“18 hari bulan. Kenapa?”soal dia kembali. Pelik. Apa kena mengena tarikh 18 hari bulan dengan apa yang terjadi. Dia bingung.
         “Haa..saya dah ingat bukan awak cakap hari tu awak test awak kereta kan?”
Sofea mengangguk laju.
         “I pass with flying colors,” ujar Sofea sambil tergelak.
         “Phewww….lega saya,” Mikhail koyak senyum lebar.
         “Kenapa awak?”
         “Tak ada apa-apa,” dia menjawab. Kala itu mahu saja dia keluar dari kereta kemudian jerit kuat-kuat sambil lompat bintang.
******
26 Julai 2010,
Mikhail senyum bila dia nampak kelibat Sofea. Mikhail ,kau boleh buat punya. Dia bermonolog sendirian. Sofea menghampiri pintu kereta, dan seperti biasa Mikhail akan terlebih dahulu membuka pintu kereta untuknya dari dalam.
         “Assalamualaikum,” ujar Sofea.    
         “Walaikumusalam,” jawabnya. Dia melempar senyum lagi.      
         “Kita nak pergi mana ni?” soal Sofea. Bila dia perasaan Mikhail menghalakan kereta ke arah Kampung Baru.
         “Kita pergi The Ship nak?”  
         “Okay…” dia menjawab.
         “Sofea, saya ada benda nak cakap, errr..tapi macam mana nak cakap ye…”
         “Cakap apa awak?”
       “Macam mana nak mula ye, saya tak tahu nak mula dari mana…”ujarnya lagi. Sofea tergelak. Tanpa sedar mereka dah sampai ke destinasi. Akhirnya Mikhail senyap. Selepas makan Mikhail senyap sampai la dia hantar pulang ke rumah Sofea. Dia masih kaku. Sofea hanya lempar senyum.
******
27 Julai 2010,
Getaran telefon bimbit dari dalam beg mengejutkan Sofea.
1 message received- Mikhail
         Awak, keluar kejap saya ada dekat parking lot. Please, kita keluar lunch. Saya ada benda nak cakap. IMPORTANT.
Sofea tergelak. Beg tangan di capai di sangkut ke bahu, kaki di bawa arah parking lot. Mikhail kelihatan sudah sedia menunggu sambil menyandar di pintu kereta. Mikhail mengukir senyum.
         “Jom ,” ajak Sofea. Mikhail mengangguk.
******
“Awak nak cakap apa? tanya Sofea sekembali dari makan tengah hari. Mikhail menarik nafas panjang.
“Sofea, saya sukakan awak, saya sayangkan awak, saya cintakan awak,”ujar Mikhail dengan penuh yakin. Dia memandang tepat pada mata Sofea.
Sofea terpempam, dia senyap. Dia menarik senyum segaris. Sampai di depan bangunan pejabat, Sofea masih membisu.
         “Thanks for lunch,” Sofea menarik senyum segaris.
         “Sofea,” panggil Mikhail sebelum dia menutup pintu kereta. Sofea berjalan laju membiarkan Mikhail terpinga-pinga. Serentak handphonenya berbunyi. Segera dia memandang skrin telefon.
         1 message received – Sofea
         SAYA PUN SAMA, MIKHAIL.
Si penerima SMS meraup nafas lega sungguh kalau hari ni dia telan selori lemon dia masih boleh senyum.

No comments: