Thursday 26 January 2012

H.A.C.K.S [3]

Trucker cap di campak atas meja. Alat kawalan jauh ASTRO dicapai. Hakimi menekan randomly mencari saluran yang boleh menarik minat. Jam 7 petang macam ni biasa orang lebih suka layan drama tak pun mengadap sinetron. Akhirnya dia mengalih siaran pada Oasis, lagipun bakal masuk waktu maghrib. Dia bersandar pada sofa melepas lelah dek berhimpit-himpit dalam bas dari dalam LRT. Memang nahas keluar waktu peak hour, orang berpusu-pusu mahu pulang ke rumah dia pun sama menambah bilangan ramai kesesakan. Bila teringatkan LRT fikiran dibawa melayang pada peristiwa di stesen LRT Kelana Jaya petang tadi, hatinya diserang persoalan bagaimana agaknya keadaan perempuan itu. Apa la agaknya masalah dia sampai dia boleh menangis tengah-tengah stesen tu?. Ikut hati mahu je dia bertanya tapi dia memang kejar masa waktu tu. Tekak tiba-tiba diserang haus. Hakimi melangkah ke dapur, pintu peti sejuk dibuka mencari air untuk menghilangkan dahaganya dia terpandang post-it notes biru terlekat pada botol air sejuk.

Dude, make yourself at home. Aku ada hal. Adrian :)

Hakimi gelak. Adrian ni memang takde tempat lain ke nak lekat post-it note. Klasik betul mamat ni, macam la tak boleh nak SMS, post dekat facebook ke, tweet ke Adrian ni selalu dramatik terlebih. Suara azan maghrib yang berkumandang dari televisyen mengambalikan dia pada realiti. Dia mengatur langkah ke bilik air menunaikan kewajipan pada Pencipta.

No comments: