Wednesday 11 January 2012

H.A.C.K.S [2]

Telefon bimbit menyanyi Starlight untuk kali yang keberapa puluh kalinya, disusuli pula dengan nada bunyi SMS masuk kalau dikira mahu ratus bilangan. Niza dan Reen pandang telefon yang dari tadi asyik menjerit minta diangkat. Tuan punya telefon pula macam tak ada perasaan, muka langsung tidak beriak.

     "Alya, angkat la wei. Sakit telinga la," ujar Reen akhirnya bersuara. 

Nisa melempar pandang pada Alya yang masih dari tadi membatu. Reen bangun, dan ambil telefon bimbit yang dari tadi berbunyi yang buat semak kepala untuk diberi kepada tuan empunya. Telefon bertukar tangan, lantas housing belakang dicabut, simkad dibawa keluar, dipatah seterusnya simkad patah dua itu selamat jadi penghuni baru . Puas hati. Mata kembali dibawa pada skrin Sony Bravia.

Nisa dan Reen saling pandang memandang dan geleng kepala. Alya akan sentiasa jadi Alya.

No comments: