Wednesday 7 March 2012

H.A.C.K.S [4]

Balang sos Prego di letak pada rak kembali. Hakimi memerhati belakang botol Kimball pula. Dah sejam dia buat acara troli monopoli dekat Giant Kelana Jaya ni. Konon-konon nak masak la hari ni, sebab dia dah tahap boring raksaksa dekat rumah sorang-sorang. Adrian pagi-pagi la dah pergi kerja. Dia melepek je dekat rumah. Nak tengok TV dia memang bukan hantu TV. Tekaknya tiba-tiba je gatal nak makan spageti,  lepas menggunakan khidmat encik Google yang tidak pernah menghampakan akhirnya dia jumpa resepi bolognese sauce Jamie Oliver. Lepas bersiap ala kadar dia pun menapak ke Giant. Bukan jauh mana kalau dari rumah Adrian dekat Kelana Puteri ni.

Trucker cap diserong ke belakang. Kepala yang tidak gatal digaru. Tension gue. Itula kalau dekat rumah berlagak gila waktu ibu suruh tolong masak selalu je cakap

"Takpe bu, Kimi lelaki. Nanti wife Kimi yang masak"

Sekarang dah terngaga sensorang. Kalau call ibu confirm kena gelak. Ini baru tahap nak cari sos spageti belum lagi nak memasak segala. Mula-mula teruja gila nak buat sos dari scratch tapi end up pergi dekat rak instant sauce. Ni pun tau Kimball dan Prego sebab Google. Rasa macam dah buat keputusan nak pergi beli dekat Pizza Hut tak pun Secret Recipe senang cerita.

*****

Alya menapak ke food court Giant tingkat atas. Rasa macam nak makan bubur ayam food court, bungkus makan dekat pantri. Lalu ke tingkat dua dia singgah sebentar sebab Susan pesan M&M. Amoi tu memang malas nak berjalan, dari KPV ke Giant ni bukan jauh mana pun. Alya lalu bahagian canned food, entah la setiap kali dia ada masalah bila dia tengok benda yang tersusun dia rasa masalah dia boleh hilang.

Dari jauh dia macam kenal dengan seorang lelaki bertinggung di tepi rak. Dia menapak ke depan nak pasti agar dia bukan tersalah orang, Mamat trucker cap yang bagi dia tisu semalam. Nak tegur ke tak nak. Dia beranikan diri, kalau setakat nak ucap terima kasih. Apa salahnya kan?

"Awak," Alya cuba beranikan diri. Bajet macam dia kerja dekat sini. Nak tunggu mamat tu notice sendiri tapi dah dekat lima minit dia terpacak mamat tu tak nampak.

Mamat trucker menoleh ke belakang. Trucker cap di pusing ke depan. Pandangan di lempar pada perempuan di hadapannya.

"Did I know you?" tanya mamat trucker. Suara memang confused habis.

"Thanks for the tissue," Alya menggamit memori semalam.

Tak kan la nak cakap, "Yeah, I'm the pathetic girl dekat LRT semalam".

"My pleasure", sekali lagi trucker cap ditekan ke bawah.

"Alya", Alya hulur business card spontan sebab nak cover gelabah.

No comments: