Saturday 21 January 2012

ORIZURU-ADILA

 “Ahhh….Alasan kan? Lagipun kau memang sengaja. Setiap kali lambat, time birthday aku pun kau  lambat tak boleh ke sesekali cepat sikit,” bentak  Adila. Dia angkat punggung bertukar kerusi.
 
Bengang betul dengan mamat ni, tiap kali tak pernah nak punctual. Saja nak bagi aku keluar laser Ultraman dekat sini. Nasib la manusia, kalau rasaksa memang dah lama dah wassalam.
Hafiz buat muka kesian. Adila buat pandang tak pandang.

           “Huh…menyampah.”
       “Ala..Dila, serius kot ada technical error tadi, Ed tu mengada suruh aku karang ayat, dia nak pujuk girlfriend dia, kau tanya Ed tak percaya.”
      “En. Hafiz Ikhwan oiii..cubala bagi alasan yang munasabah sikit. Ed tu kucing, sejak bila pulak dah transform pandai nak beremail-email. Kang, ada jugak ni.” Adila cabut kasut acah-acah nak ketuk kepala Hafiz.
Hafiz tepuk dahi.
        “Eh…tak boleh eh?,  nanti aku nak ajar Ed la, senang dia nak back up aku kalau aku lambat lagi. Hehe”. Hafiz gelak.
        “Tak payah, nanti Ed terjangkit perangai poyo kau tu”, Adila jelir lidah.
     “Mana hadiah aku…?” tanya Adila tiba-tiba, malas nak panjang cerita. Kalau dilayan si Hafiz ni alamat sampai malam pun tak habis.
     “Aku lupa la, wish pun boleh kan? Penting ikhlas.” Giat Hafiz lagi. Dia memang tak sah kalau tak bagi Adila sakit hati.
     “Ces…setakat, nak wish tak payah susah-susah la aku nak tunggu kau. Call pun boleh”.
Adila  mengatur langkah nak blah dari wakaf. Biar la, Hafiz nak cakap dia mengada-ngada ke (memang dia selalu cakap pun), poyo ke (lagi la selalu) dia peduli hapa.

     “Alololo…poyo (kan dah cakap dia bakal cakap poyo) gila nak merajuk, aku ingat la wei. “Nah la,” hulur Hafiz sebuah beg kertas yang dalamnya berisi kotak.

     “Hehehe. Thanks. Ni buat aku sayang ko ni,” Adila menyambut huluran. Mulut tersengih lebar.

     “Apa ni wei?” tanya Adila lagi sambil menggoncang kotak.

     “Jangan nak goncang sangat kang pecah pulak. Bukak le. Special ni. Hehe.” Hafiz menjawab sambil ketawa.
     “Huh…konon,” balas Adila sambil mengoyak kertas pembalut kotak itu.
Hafiz memerhati Adila yang kelihatan tidak sabar membuka kotak.
    “Eh…set kertas origami dengan balang kaca yang aku pernah tunjuk dekat kau ni kan. Dekat mana kau beli?” suara Adila excited gila.
Memang dah lama dia nak balang kaca bentuk hati ni. Susah nak cari. Setakat balang kaca yang orang letak kuih raya tu memang bersepah ada.

     “Ada la.” jawab Hafiz berlagak.
    “Huh…berlagak gila.” balas Adila. Balang kaca kembali diletak dalam kotak. Dia memang spesis yang suka kumpul balang-balang yang pelbagai corak. Lepas tu isi dengan origami.
Matahari kian hilang sinar, kawasan taman permainan pun kian kurang bilangan manusia. Jam yang terlilit ditangan di kerling.
     “Eh..Fiz, dah pukul 7 la. Aku balik dulu la. Karang mak aku marah,” ujar Adila. Beg kertas di sangkut pada handle basikal.
    “Jumpa dekat sekolah esok. Thanks hadiah." Ucap Adila lagi. Tubuh diangkat pada basikal. Kaki sudah mula sedia mahu mengayuh.
    “Most welcome. Ok. Jumpa kau dekat sekolah esok.” Balas Hafiz. Mata menghantar pandangan pada kelibat Adila yang sudah kian hilang.

*****
Kerusi belakangnya yang masih kosong ditenung.
     “Mana la Hafiz ni.” Getus Adila dalam hati.
Sejak bangun pagi tadi dia memang rasa tak sedap hati. Lagi lima minit loceng berbunyi. Hari Isnin biasa hari perhimpunan, tapi disebabkan dewan digunakan jadi perhimpunan Isnin dibatalkan. Kelas yang dari tadinya sunyi dipenuhi suara hingar bingar. Adila melempar pandangan pada luar koridor. Masih mencari kot-kot la ada bayangan Hafiz.Adila nampak Bob diluar koridor berlari sendiri. Dia bertambah tak sedap hati bila nampak Bob seorang. Bob ni partner bonceng motor Hafiz. Masakan Bob sendirian. Sampai pintu kelas.
     “Adila…Hafiz accident.” Jerit Bob. Adila terpempam. Fikirannya tiba-tiba berhenti. Pandangannya kelam.
*****
   “Dila, dah sedar,?” suara mak sayup-sayup. Adila membuka perlahan. Disekelilingnya dia lihat ada mak, abah dan abang Zahid. Tangannya dah berselirat dengan tiub.
    “Syukur Alhamdulillah,” Adila nampak abah dan abang Zahid meraup tangan tanda syukur.
Mak mengusap dahi Adila.
   “Mak…Hafiz macam mana mak?” Tanya Adila. Ya. Dia teringat kali terakhir dia di sekolah pagi tadi, kemudian Bob bagitahu pasal kejadian tu.
Zahid dan Abah senyap.
    “Adila…tak sihat lagi ni nak”. Mak menjawab. Selimut ditarik.
   “Tapi, mak Dila nak tengok Hafiz.” Adila bangun dari katil.
Dia mesti tengok Hafiz. Mak cuba menahan.Abah mengangkat tangan pada Mak tanda biarkan dia buat keputusan sendiri, lantas  Abah dan Zahid membantu Adila bangun dari katil.
*****
Pintu dikuak perlahan, dia nampak mata mama Hafiz bengkak, begitu juga abah Hafiz yang sedang cuba menyabarkan mamanya. Abang Zahid dan abah membantu dia duduk atas kerusi yang disediakan. Tubuh Hafiz berselirat dengan tiub dan wayar yang tersambung pada mesin pernafasan bantuan hayat. Mama Hafiz memeluk Adila. Abang Zahid, abah, mak dan abah Hafiz senyap. Adila menyeka air yang cuba ditahan dari tadi akhirnya tumpah juga.
     “Aunty…Hafiz…”Adila menangis, suaranya tersekat-sekat.
     “Hafiz…koma, Dila.” mama Hafiz menjawab.
Air matanya diseka. Abah Hafiz memeluk bahu mama Hafiz cuba mententeramkan keadaan. Adila memandang Hafiz lirih yang terbaring kaku.

     “Hafiz…”, itu sahaja perkataan yang mampu terkeluar dari mulutnya kala itu.
*****
      “Itu la padan muka kau, siapa suruh tak siap kerja. Nasib la kena jalan itik,” jelir Adila pada Hafiz.
    “Kau la salah, siapa suruh tak bagi tau aku yang teacher nak kerja tu hari ni.” Balas Hafiz balik. Pinggang digoyang-goyang. Lenguh.
Adila mengatur langkah pantas ke kantin. Malas nak melayan Hafiz. Tak pasal-pasal dia pulak yang kena. Dalam kelas teacher cakap tidur.
    “Wei...tunggu la aku”, Hafiz bingkas bangun mengejar nak bersaing dengan Adila.


   “Kau pergilah makan dengan Bob, ikut aku apesal. Malasla nak dengar orang bergosip.”Adila membalas lagi.
Mulut-mulut dekat sekolah ni memang la jenis tak hengat, dah tak ada bahan agaknya. Dia pun boleh terbabit sekali.
      “Gosip? Gosip apa wei”, tanya Hafiz mengah. Laju gila budak ni jalan.
     “Gosip aku dengan kau la. Malas la wei, dorang tuduh aku dengan kau couple. Feeling segala bagai. Semak ah wei.” Ujar Adila sambil membayar makanan pada makcik kantin. Senyum dilemparkan.
     “Biarla wei. Penting aku, kau, Dia yang dekat atas tu tau.” Hafiz membalas ringkas senyuman dikoyak.
Orang selalu salah tafsir hubungan dia dengan Hafiz.  Perlu ke label yang kalau perempuan dan lelaki tu kawan mesti cakap couple, boyfriend – girlfriend. Hakikat dia memang sayang Hafiz.  Macam tu jugak Hafiz. Tapi sayang atas dasar kawan baik. Salah ke?
Bunyi ketukan dari luar mengembalikan Adila pada realiti. Zahid dihujung pintu menggaris senyum.
      “Adila buat apa?” tanya Zahid sambil melabuhkan punggung di birai katil.
      “Lipat origami,” ringkas jawapan Adila.
Kertas origami dicapai, sebelum itu ditulis dua tiga baris ayat. Entah la, itu memang tabiat dia. Kemudian Adila mula melipat orizuru, dan diletak dalam balang kaca pemberian Hafiz. Balang kaca itu kian penuh isinya. Sebanyak mana isi dalam balang kaca itu, sebanyak itu juga bilangan hari dia berharap supaya Hafiz sedar dari lenanya.Zahid memerhati Adila, kali ini melipat bintang kertas. Origami salah satu best distraction dan terapi untuk dirinya.
       “Dila, dah nak dekat setahun. Hafiz pun sedih tengok Dila macam ni tau.” Zahid bersuara.
Sejak Hafiz koma, dia memang macam bukan Adila yang dulu. Adila yang tak pernah berhenti bercakap, Adila yang sentiasa mesra alam. Tapi, Adila yang didepannya sekarang adalah Adila, adiknya yang dia hampir sendiri tidak kenal. Adila sekarang Adila yang senyap, Adila yang hidup dalam duniannya sendiri. Adila membatu, tanpa sedar cecair jernih merembes laju.  Zahid memeluk bahu Adila.  Dia kalah dengan perasaan sendiri.

    “Dila…nangis la Dila, kalau dengan menangis boleh redakan perasaan. Let’s all tear apart,” Zahid memeluk kemas bahu Adila. Ini kali kedua dia tengok Adila menangis lepas hari dia sedar dari hospital tempoh hari. Adila memeluk abangnya erat.
      “Ya Allah..kau berkatilah hidup adikku Adila, dan Hafiz.” Mata Zahid juga bertukar merah.
*****
Adila menggantung orizuru tepi katil Hafiz. Jambangan bunga matahari ditukar. Simbolik kata Hafiz. Otaknya di bawa pergi seketika.
    “Nah…ambik la.”Hafiz menghulur sekuntum bunga matahari pada Adila.
    “Ceh…Kau ajak aku keluar pagi-pagi hari ni semata-mata nak bagi ni. Bawak la nasi lemak ke, biskut-biskut ke.” Ujar Adila. Namun huluran bunga matahari itu tetap disambut.
    “Ni bunga first tau sejak aku tanam bunga matahari tu, bak balik. Orang dah bagi tak bersyukur,” nada Hafiz separa merajuk. Bunga di tangan Adila cuba dicapai.
     “Mana  boleh buruk siku,” Adila menjelir lidah.
Hatinya tersentuh, dia ingat yang Hafiz pernah berjanji yang kalau bunga matahari yang dia tanam pertama kali berbunga, orang yang pertama yang dia akan hadiahkan adalah Adila.
    “Siku, ke lutut ke. Tak kira, malas aku nak bagi orang poyo macam kau. Baik aku bagi dekat  Ed, kot-kot dia nak bagi dekat girlfriend dia ke,” tambah Hafiz lagi  memanjangkan rajuknya nak menyakat Adila.
   “Eleh..eleh..eleh. Merajuk pulak. Junjungan kasih hamba ucapkan buat tuan hamba, kerana sanggup memetik bunga ini buat hamba pacal yang hina ini,” sengaja Adila masuk mode zaman panglima.
Hafiz tersenyum memandang Adila, bila Adila merapatkan bunga dekat ke hidungnya.
    “Kau tau kenapa, aku suka bunga matahari?” tanya Hafiz.
Adila angkat bahu tanda dia sendiri tidak punya jawapan.
   “Sebab, bunga matahari ni simboliknya, in case there is something happen to me, kau ingat yang aku macam matahari akan cuba terangi kau kala siang dan malam. Sebab walau malam sekalipun tetap ada bulan yang pantulkan cahaya matahari, dan kalau hujan siang pun, tetap akan ada pelangi.” Terang Hafiz panjang lebar senafas.  Dia menarik senyum.
Adila terpaku, dengan jawapan yang terkeluar dari mulut Hafiz. Matanya mula mahu berkaca.
    “Hafiz, kau jangan cakap macam tu. Kalau kau jadi apa-apa, aku sanggup tukar nyawa.” Adila menjawab. Suaranya bergetar.

   “Jangan cakap macam tu Dila, jodoh, ajal, maut, semua di tangan Dia. Kita merancang je kan. Dah la tu. Jomla balik, karang mak kau cari pulak.” Hafiz mengajak dan cuba mematikan perbualan.
Otaknya kembali berpijak pada realiti.
    “Hafiz…I mean it, tak sanggup aku nak tengok kau macam ni. Berjuang Hafiz. Berjuang.” Dia merenung wajah Hafiz yang terbaring sayu. Dan buat kali berapa ratusnya dia menangis lagi sendiri.
*****
Air mawar bercampur bunga-bungaan dan daun pandan di siram tujuh kali dari kanan ke kiri,  setelah usai dia membaca Yassin dan doa. Batu nisan terukir nama pemilik, dan tarikh  direnung. Tanpa sedar, air matanya gugur lagi.
Adila Abd. Samad
16/7/1987 – 13/4/2006
Lipatan orizuru dalam kotak di buka satu persatu.
“Hafiz..aku sayang kau. Kenapa kau buat macam ni?”-010805
“Kau sengaja kan?”, bangunla…bangunla..”- 180905
“Hafiz...kau cakap kau macam matahari, walau macam mana sekalipun kau akan sentiasa terangi aku. Tapi kenapa kau langsung tak peduli aku?- 091005
“Hafiz, ada orang cakap kalau lipat orizuru sampai 1000kali, boleh make a wish. Aku nak doakan kau sedar OK”-101005
“Hidup itu perjuangan, perjuangan bukan untuk diri kita. Tapi perjuangan untuk orang lain juga. Berjuang untuk hidup kau, dan kita semua OK”. -121005
Hafiz menyeka air matanya.
       “Dila”. Suaranya menyapa tenggelam dengan air mata.
Lipatan orizuru di masuk semula dalam kotak bersama bersama lipatan yang lain. Air matanya merembes kian deras. Zahid menepuk bahu Hafiz dari belakang.
      “Dahla Fiz, doakan semoga rohnya dicucuri rahmat.” Ujar Zahid mengambil tempat sebelah Hafiz
      “Kenapa bang, patutnya Hafiz bukan Dila.”
      “Dah sampai masa Dila, Fiz.” Ujar Zahid mengambil tempat sebelah Hafiz sebelum surah Yassin beralun kembali.
*****
Balang kaca berisi orizuru dipeluk. Mama Hafiz bagitahu yang Hafiz dah sedar. Memang dah lama dia tunggu saat ni tiba. Bila Hafiz sedar dia mahu, Hafiz baca semua lipatan orizuru yang dia buat. Balang kaca yang berada dalam dakapan dipeluk makin erat, lipatan orizuru yang berisi belum sampai 1000. Dia pernah dengar mitos yang kalau melipat 1000 orizuru permintaan akan dikabulkan. Bukan dia percaya pada benda yang tidak-tidak sebab kuasa Allah tak kan boleh tandingi apa-apa. Langkah kaki dipercepat, dia memerhati kenderaan yang lalu lalang sebelum melintas, kaki makin cepat melangkah tetapi entah bagaimana dia boleh terlepas pandang kereta yang keluar dari simpang dan kereta itu menghenyak tubuh Adila dan balang kaca melambung berderai pecah disebelahnya.
Kala itu terlintas wajah emak, ayah, abang Zahid, Hafiz dan siapa sahaja yang dia sayangi. Orizuru yang bertaburan atas jalan raya itu dipandang. Matanya kian berat, suara disekeliling yang memenuhi ruang telingannya kian pudar,  bibirnya terkumat-kamit menyeru nama Pencipta sekian alam, nafasnya turun naik dan dia tidak sedarkan diri, buat selamanya.
*****
       “Dila, jangan main tepi jalan, bahaya.” Dia merangkul tubuh Adila pantas. Adila ni nakal betul. Nasibla dia sampai kalau tak taula. Dia memandang pada pintu pagar tak berkunci, patulah Adila boleh lolos. Lina terpaku di muka pintu mengurut dada. Dia berlari memeluk Adila.
      “Terima kasih Fiz,” Lina mengambil Adila dari dakapan Hafiz.
      “Dila, kan ibu cakap jangan main tepi jalan.” Lina memarahi Adila. Adila menyeringai gelak.
Biasalah budak-budak dalam experimental stage. Semua benda mahu dicuba. Tak pernah kenal perkataan takut.
    “Ala, kak budak-budak biasa la tu. Abang Zahid mana kak?” tanya Hafiz
Pintu belakang kereta dibuka, orizuru yang tergantung pada room mirror dikerling kemudian dia tersenyum tangan lekas mencapai teddy bear sambil mengacah-acah pada Adila. Adila meronta-ronta mahu turun bila melihat Hafiz membawa teddy bear coklat itu. Lina membawa turun Adila ke bawah.
     “Abang Zahid awak tu, mana lagi mengadap Xbox kat dalam orang suruh jaga anak pun tak boleh harap,” bebel Lina.
Hafiz gelak mendengar bebelan Kak Lina. Abang Zahid nama je dah jadi bapak budak. Tapi perangai macam budak-budak asyik menghadap Xbox je kerjanya. Tali leher yang dari tadi mencekik leher dibuka, kemudian lengan kemeja dilipat hingga ke siku.
     “Fiz akak tengah masak ni, Masuk la.” Ujarnya sambil kaki melangkah laju kedalam baru teringat yang gulainya di atas dapur.
Adila memeluk teddy bear pemberian Hafiz, kemudian lari masuk ke dalam rumah mengikut ibunya. Hafiz menghantar pandangan matanya pada Adila yang melompat-lompat kegirangan sambil memeluk teddy bear. Dia ketawa melihat teletah Adila yang comel.
    “Dila, Adila ni comel sangat. Serupa macam kau. Kuat merajuk, suka membebel, suka bunga matahari. Sekarang ni dia dah suka lipat origami macam kau jugak. “ Dia bermonolog sendirian.
     “Allah tu Maha Adil. Dia gantikan kau dengan Nur Zahra Adila bt Zahid”
   “Fiz…masuklah yang kau terpacak dekat luar tadi kenapa,” jerit Abang Zahid di muka pintu sambil mencempung Adila.
Suara Abang Zahid mematikan lamunannya. Kaki di bawa masuk ke dalam sambil hatinya memanjat doa agar roh Adila berada di kalangan orang-orang yang beriman. Dia bersyukur yang Allah berikan satu lagi peluang untk dirinya kerana dia juga berjuang untuk seorang yang bernama Adila Abd. Samad.

No comments: