Sunday 29 July 2012

CERITA SOFEA;

Jun 2009,
Sofea intai  Ain di sebelah kubikel dari tadi khusyuk mengadap skrin komputer.  Sofea menguap untuk kesekian kalinnya pagi ni, jam di tangan di kerling. Lagi setengah jam rehat. Hari pertama masuk kerja, memang tak ada buat apa-apa. Pegawai kanan bawak semua pembantu perpustakaan baru ronda bangunan perpustakaan empat tingkat ni, bermula dengan tingkat dua. Minggu pertama ni kira macam orientasi la, belajar macam mana nak key in untuk pinjam, pulang buku, renew lepas tu  belajar macam mana kalau ada student nak booking bilik meeting ke apa ke. Kira itulah prospek kerja dia sebenarya sebab ramai yang assume kerja dia macam pengawas perpustakaan dekat sekolah tu. Sebenarnya lebih kurang, cumanya ni dapat gaji. Matanya dari tadi mahu tertutup, lepas ronda tingkat dua tadi, pegawai kanan bagitahu yang lepas lunch baru sambung balik. Saat matanya mahu terlelap, dia rasa bahu sebelahnya di cuit.
         “Sofea, jom rehat.” Sofea tersentak. Dia menggosok mata. Ain disebelahnya sudah bangun. Nisa di depan kubikel Ain turut bangun.
Sofea segera mencapai purse dalam beg, sambil menuju pada Ain dan Nisa sudah menunggu di hadapan, dia sempat jeling pada kubikel kosong di depannya.
*****
Nisa dan Ain masing-masing dah ambil tempat, Sofea masih lagi mencari lauk yang kena dengan selera. Hari pertama memang dia tak boleh nak expect buat jadual dalam kepala nak makan apa.
         “Nak makan apa la ni, banyak sangat lauk confused la pulak,” gumam dia dalam hati. Sofea pandang sekeliling, matanya tiba-tiba terdorong pada sekumpulan lelaki yang dia assume kerja sama tempat dia dengan dia jugak (berdasarkan lanyard yang  tergantung dekat leher masing-masing). Dia meletakkan pinggan atas meja, lengan baju kurung di selinsing sedikit menuju ke arah sinki yang kebetulan berada bersebelahan dengan sekumpulan lelaki tadi, dia memandang lagi kemudian menghantar senyuman sambil menunggu giliran. Matanya terarah pada lelaki kemeja biru yang dari tadi mengukir senyum.
“Staff baru ke?” Lelaki kemeja biru menegur.
Sofea mengangguk.
         “Mikhail Rahman,” ujarnya ringkas.
         “Sofea Ismail,” balas dia kembali. Sofea balas senyum, kedua belah pipinya  terlekuk. Setiap kali dia senyum pipinya akan kedalam. Dulu abangnya pernah cakap yang dia cacat sebab ada lesung pipit, tapi sebenarnya cacat yang cantik. Dia penah baca yang lesung pipit sebenarnya sebabkan oleh otot zygomaticus utama yang lebih pendek dari ukuran sebenarnya atau otot ini terbelah menjadi dua kondisi dan sebabkan ada lekukan di pipi.
Mikhail senyum lagi membalas sambil mengangguk jemput makan (berdasarkan gerak-gerinya), Sofea segera basuh tangan, rupanya dah setengah minit sinki depannya kosong.
*****
Usai solat Zohor, Sofea kembali pada kubikel. Pegawai kanan bagitahu yang petang ni tak jadi taklimat sebab semua pegawai ada mesyuarat, so sementara nak tunggu office hour habis semua pakat online la apa lagi. Kubikel depannya yang tadi kosong nampak sudah ada penghuni sebab dia terperasan mug biru itu keluar asap nipis. Setengah minit kemudian Sofea nampak lelaki kemeja biru tu yang  tegur dia dekat kedai makan tadi.
         “Sofea kan?” tegur kemeja biru sambil koyak senyum lagi.
Sofea angguk lagi.
         “Tak sangka pulak depan kubikel,”
Sofea gelak, dia mengangguk lagi.
         “Puan Sofea, welcome aboard,”
         “Thanks, by the way Cik Sofea, saya belum kahwin lagi,” balas Sofea. Kala itu Mikhail koyak senyum lebar.
*****
Ain menatang pinggan berisi karipap sardine dan dua mug nescafe panas ke ruang tamu.
         “Sofea, best jugak kerja dekat library kan,” ujar Ain sambil mengigit karipap.
         “Okay la jugak, best,” balas Sofea. Best sebab Mikhail ke best sebab library Sofea oii. Sofea senyum sendiri. Entah-entah dia tu dah kahwin ke apa, cepat-cepat dia menghalang perasaan itu. Ain mengangguk-angguk. Mulut disumbat lagi dengan karipap. Mata kembali memandang pada skrin televisyen, tiba-tiba Sofea rasa handphone nya bergetar. Sofea pandang pada skrin telefon bimbitnya, pelik.
         019457XXXX
Siapa la pulak ni. Mungkin Nisa kot sebab dia memang ada bagi nombor telefon dekat Nisa, rakan sekerja barunya tadi.
 Salam Sofea – 019457XXXX
Takkan la Nisa tak bagi tahu nama dia, tapi jari jemari pantas membalas.
            Walaikumusalam- Sofea. Butang send di tekan.
            “Ain, 019457XXXX ni no Nisa ke?” tanya Sofea.
            “Bukan, Nisa guna 012,” balas Ain balik. Sofea telan air liur. Siapa pulak la ni, dia memang tak suka SMS dengan orang yang dia tak kenal. Jemarinya pantas lagi menaip.
            Awak ni siapa?- Sofea
Sofea menunggu pemilik 019457XXX membalas, setengah saat kemudian.
            Saya orang la-019457XXXX
Sofea menutup telefon kemudian dicampak atas meja, malas dia nak layan orang macam ni, buang masa.
*****
Sofea duduk melepaskan penat, dia meneguk air mineral. Penat juga marathon perpustakaan ni, dari tingkat 2 ke tingkat 3 ke tingkat 4. Ain di sebelahnya pun tercungap-cungap. Dah nak sebulan dekat sini, jadi minggu depan secara rasmi dia akan bertugas ikut shift dan keberangkalian shift sama dengan Ain amatlah susah sebab dia dengan Ain berbeza kumpulan. Dia fikir macam mana la nak balik malam-malam nanti. Shift akhir habis pukul 10.30 malam, takpe la kalau tak sama dengan Ain dapat dengan Nisa pun takpe. Telefon bimbitnya bergetar lagi. 019457XXXX. Dah dekat sebulan nombor ni mengacau ketenteraman hidup dia yang paling geram sebab tak mengaku siapa dia. Bila dia try call, tak penah nak angkat sebab membuatkan dia bertambah curious pemilik 019457XXXX, tahu je apa yang dia buat sepanjang dia kerja dekat library ni, dia pakai baju apa, dia datang awal ke dia datang lambat ke pergi kerja.
            Awak, saya malas dah. Bagi tau siapa awak balas Sofea. Pantas dia membalas, dia dah penat berteka-teki dengan makhluk ni. Sofea duduk melepaskan lelah, setengah minit kemudian telefonnya bergetar lagi.
            Dekat pantry sekarang, saya pegang mug biru – 019-457XXXX
Sofea kerut dahi. Mug biru? Mikhail ke dia menyoal dirinya sebab dia selalu nampak Mikhail sorang je pegang mug biru. Dia berjalan ke arah pantry. Tepat sekali tekaan bila dia nampak Mikhail sorang je ada dekat pantry sambil pegang mug biru. Sofea kerut dahi lagi, dia bawak keluar cawan kertas dari almari, dan tadah air dari water dispenser.
            “Sofea,” suara Mikhail memanggil.
Sofea membatu. Memang Mikhail. Kala itu tidak tahu hatinya mahu marah atau gembira, perasaan itu bercampur baur.
            “019-457XXXX,” senafas Sofea menyebut, badan di pusing menghadap Sofea  dia sudah hafal nombor telefon itu.
            “Ya,” lemah suara dia menjawab.
            “Kenapa?”
            “Saya nak kawan dengan awak,”
            “Sekarang kita bukan kawan ke?” soal Sofea lagi
            “Memang la tapi…”
            “Sofea, oh Sofea,” suara Ain dari belakang memanggil.
Sofea panggung kepala ke belakang.
            “Kenapa?” soal Sofea pada Ain. Mikhail tak jadi menghabiskan ayatnya. Dia berpura-pura mengacau air.
         “Pegawai kanan nak jumpa kau sekarang,” tarik Ain. Sofea berlalu tapi sebelum itu sempat dia  hantar pandangan pada Mikhail.
*****
Selepas kejadian itu, bila dia dan Mikhail bertentang mata, Sofea akan cepat-cepat melarikan pandangannya. Mikhail pun dah berhenti SMS dia sejak kejadian di pantry sebulan lepas. Bulan ni dia shift malam seorang diri, habis perpustakaan tutup, dia kembali ke kubikel mengambil barang. Kelihatan Mikhail masih lagi ada, dia shift malam jugak agaknya tapi tingkat lain patutla dia tak perasan.
         “Sofea, nak balik dah ke?” tegur Mikhail.
Sofea mengangguk, mulutnya terkunci.
         “Biar saya hantar, “ laptop terus  ditutp,  kunci kereta di atas meja di ambil.
Mulanya dia mahu menolak tapi rasanya dia lebih percayakan Mikhail daripada kena mengadap naik teksi sorang-sorang. Seram. Mikhail buka pintu kereta, tangan di depang tanda – jemput masuk wahai Puteri Sofea. Haha, terlebih gula dia ni.
Sofea pandang Mikhail di sebelah yang terkumat-kamit, gamaknya baca doa naik kenderaan. Radio di buka, lagu ‘for the rest of my life’ berkumandang.
         “Saya suka lagu ni,” suara Mikhail pecah sunyi. Sofea senyum segaris.
Lima minit berlalu, ‘For the rest of my life’ dah berganti dengan lagu ‘Jangan Pisahkan’. Sedar tak sedar destinasi yang dituju dah sampai. Pintu kereta di buka.
         “Terima kasih,” ujar Sofea kemudian mengangguk.
         “Tak ada apa-apa pun, kalau duty sama-sama saya hantar awak balik. Bahaya sorang-sorang macam ni,” balas dia.
         “Takpe…”
         “My pleasure…” Mikhail lempar senyum lagi.
         “Eh..awak naik dulu, saya tunggu sampai awak naik baru saya pergi,” tambah dia lagi.
Sofea mengangguk lagi. Dia mendaki tangga, dia jenguk bawah dan kereta Mikhail masih di situ. Telefon bimbit di bawa keluar.
         Dah buka pintu grill, Thanks! – SMS di hantar.
Setengah saat kemudian.
         OK. Take care J - balas dari sebelah sana.
Dan dua-dua koyak senyum andai kalau tertelan lemon sekarang pun masih boleh senyum lebar.
*****
“Hujan la weh, macam mana nak pergi kerja ni?” Kekisi tingkap di tutup. Jam di rasakan makin pantas. Lima minit kemudian, dia sarung kasut. Nak tak nak dia kena redah jugak nampaknya.
“Waktu macam ni la teksi takde,” gumam Sofea dalam hati. Tangan dia dah lenguh dari tadi di depang, menahan teksi yang lalu, semuanya ada penumpang. Baju pun dah basah, kalau nak patah balik tukar baju gamaknya makin lambat la dia sampai.  Kurang lima minit kemudian, sebuah teksi berhenti dan Sofea terus melompat naik.
*****
Payung dipegang sebelah, sambil tangan di sebelah mencucuk kunci pada palam kereta. Sebuah teksi berhenti di depan keretanya, susuk tubuh yang keluar dari teksi itu memang dia sangat kenal. Kunci direntap berlari pada susuk tubuh yang sudah berdiri di bawah susur beratap. Wajah itu basah, dan dia lihat susuk tubuh itu memeluk tubuh mengigil. Jaket dibuka, kemudian di hulur pada si dia yang sedang menggigil lagi.
         “Sofea, awak pakai sejuk ni…”
Hujan masih lagi turun lebat tanda tidak mahu berhenti. Sofea menggeleng. Dia masih memeluk tubuh. Mikhail letakkan jaket di bahu Sofea. Dia mulanya mahu menolak lagi, tapi sungguh dengan baju yang basah dan angin yang datang memang tidak mampu membendung dia dari kesejukan. Sofea akur.
         “Thanks…” ucap Sofea.
         “My pleasure…” dia koyak senyum lebar.
         “Jom, saya hantarkan balik rumah awak tukar baju dulu kemudian saya hantar awak balik pergi sini,” tambah Mikhail. Dia terus berlari ke arah kereta sambil mengangkat tapak tangan tanda tunggu situ jangan pergi mana-mana. Kereta diberhenti betul-betul di tepi susur beratap. Nak tak nak Sofea terus meloloskan diri ke dalam kereta.
******
“Ain, lagi two weeks birthday Sofea kan?” tanya Mikhail
Sewaktu dia di pantry dengan Ain. Mug biru berisi nescafe dihirup perlahan. Kebetulan minggu ni dia bertugas dengan Ain jadi memang senang la dia nak melaksanakan rancangan. Hari jadi Sofea memang awal-awal lagi dia mark dekat kalendar. Maklumat yang di perolehi hasil dia curi-curi tengok staff record, waktu dia nak dapatkan nombor telefon Sofea.
         “Aah..kenapa?” soal Nisa pelik. Kening kirinya terangkat.
“Jom kita sambut birthday dia, beli kek ke?” cadang Mikhail.
         “Orait jugak tu, kebetulan malam tu aku, kau dengan Sofea sama-sama shift pagi kan?”
         “Yep…”
         “Set, kau beli kek nanti aku bagi tahu dekat staff yang sama shift. Nanti duit kita collect balik. Orait?”
         “Deal…” jawab Mikhail. Nisa berlalu keluar dari pantry, dan si pemegang mug biru masih lagi tidak putus senyum sambil merencana program dalam fikiran.
*****
Januari 2010,
         “Mana la Ain ni memang tak boleh harap la, dah la student ramai waktu-waktu macam ni dia boleh la pulak la nak pergi tandas segala…” Sofea membebel. Ye la dari pagi tadi dia nampak Ain tak senang duduk kejap-kejap keluar. Shift dia tamat lagi setengah jam, lepas ni balik rumah dia nak rehat puas-puas. Jam di dinding di kerling, Kak Suria yang mengambil shift seterusnya sudah datang sambil tersengih-sengih, dan dia memang la pelik sebab hari ni semua orang lain macam dengan dia. Bila tadi dia nak masuk pantry cepat-cepat Ain menghalang, katanya sempena hari jadi dia hari ni dia tawarkan diri supaya birthday girl dapat layanan istimewa. Memang la satu office tahu yang hari ni birthday dia, tapi tak akan la dia sampai satu hari ni semua orang tersengih-sengih pandang dia. Minggu lepas birthday Kak Suria pun tak adalah sampai satu office nak sengih-sengih kerang pun. Lima minit sebelum shift tamat dia mengemas meja, dan sebelum tu nak singgah masuk office dulu, nak ambil barang.
         “Happy birthday Sofea, semoga panjang umur murah rezeki,” ucap Abang Mirza yang mengganti tempat Ain pula sebelum dia melangkah keluar.
         “Thanks,” sebaris dia menjawab terus melangkah keluar.
*****
“Kenapa rasa pelik je office ni takde orang?”, Sofea pandang pada kubikel depannya yang kosong. Dia orang ni suka hati je buat program mengular beramai-ramai tak ajak dia. Haish…Sofea kalau la pegawai kanan tau kau ada niat nak buat program mengular memang masak la kau, jawatan tu pun belum confirm lagi. Sofea mengemas kemudian di masuk ke dalam begnya, baru sahaja dia mahu  melangkah keluar berkumandang…
         “Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Sofea, Allah selamatkan kamu…”
Sofea menoleh ke belakang, dia nampak  Ain, Nisa, dan budak office yang lain menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu, kemudian di sebalik itu dia dapat nampak Mikhail memegang kek kemudian berdiri di depan Sofea. Sofea tergamam, saat itu mulutnya terkunci sungguh dia terharu.
         “Sofea, selamat hari jadi,” ucap Mikhail. Sofea mengangguk yang lain pula bertepuk tangan. Mata mereka bertentang seketika.
         “Dah…dah buat Cerekarama tu, cepat potong kek aku tengah duty ni weh karang tak pasal-pasal kena bambu,” tiba-tiba Nisa bersuara dari belakang yang lain pula menyambut dengan ketawa.
Sofea ketawa mendengar leteran Nisa, Mikhail hulur pisau plastik sambil menghantar satu lagi pandangan. Sofea terus koyak senyum.

****
Julai 2010,
Beg tangan di letak di atas meja, dia mengerling pada kubikel di hadapannya. Kosong.  Mug biru itu di atas mejanya itu juga tidak berisi. Lama sungguh rasanya dia tak nampak pemilik mug biru itu. Cuti seminggu membuatkan dia rasa malas nak mula berkerja balik walaupun cuti seminggu memang tak cukup bagi Sofea tapi syukur Alhamdulilah  banyak benda yang dapat diselesaikan, dia sempat habiska buku novel yang dah berhabuk lama dia beli, sempat marathon habis drama Korea yang dah berapa lama dia download tapi tak sempat nak tengok dan paling penting dia sempat curi balik JB. Kebetulan cuti tahun dia banyak lagi, jadi dia sengaja apply emergency leave dan terus balik JB esoknya.
         “Sofea,” suara dari belakang mematikan pandangannya pada mug biru itu. Sofea serius kau angau tak dapat tengok orannya mug biru tu pun jadi kau tenung.  Dia memusing badan mencari pemilik suara yang memanggilnya. Abang Mirza tersengih memandangnya.
         “Selamat bertunang Cik Sofea begitula bertunang tak jemput pun abang. Kecik hati abang ni tau,”ujar abang Mirza.
Sofea melopong. Bertunang? Sejak bila dia bertunang, patutla dia pelik sejak dia sampai tadi dia perasaan staff-staff yang terserempak dia tadi menjeling-jeling tangan dia, paling tepat pada jarinya.
         “Abang Mirza, Kak Yam panggil naik atas,” tiba-tiba Nisa terjengul dari muka pintu.
         “Sofea, syukur kau selamat. balik bertunang tak ajak aku tau. Sentap aku kalau tak sebab Ain bagi tau semua orang buat spekulasi yang kau kena culik dengan alien la, dah berhenti kerja la. Tapi aku tetap tak puas hati kau tak ajak aku tau. Sentap tau,” giliran Nisa menyemburnya tak berhenti. Sofea terpaku lagi. Bertunang? Kenapa dia tak tahu yang dia bertunang.
“Abang Mirza cepat la karang Kak Yam mengamuk karang tu,”
“Eleh…orang tunggu dia membebel tak berhenti-henti dari tadi la,” abang Mirza mencebik.
“Banyakla…Sofea, I catch up with you later kau ingat aku sentap lagi ni tau. Jom cepat abang Mirza,” Nisa menarik lengan kemeja abang Mirza.
Sofea mengeleng-geleng kepala. Kenapa la dia seorang je tak tau yang dia dah bertunang. Ni sah mulut Ain ni. Jemarinya lincah mendail nombor Ain. Setengah saat nada tersambung,
         “Whats up Sofea?”
         “Banyak la kau punya whats up, weh kau cakap aku dah bertunang ke wei?
Ain gelak.
         “Sofea, aku ada hal ni. Call you later,” lekas-lekas Ain mematikan talian. Siap kau Ain balik rumah nanti.
*****
Bahu yang sengal-sengal di urut perlahan. Matanya tertancap pada skrin laptop, sesekali dia tersengih. Lepas kejadian hari tu budak-budak ofis nya ramai yang ucapkan tahniah pada dinding Facebook. Dia malas nak clarify jadi dia tak cakap banyak, dia sengih je. Sedang asyik mendengar lagu Andaiku bercinta lagi nyanyian Mojo, bunyi berdenting. Facebook chat nya berkelip-kelip.
         Mikhail: Salam, selamat bertunang
         Sofea: Walaikumusalam, Mikhail, saya nak jumpa awak petang esok balik kerja boleh ke?
         Mikhail: Okay.
*****
Mikhail mendengus perlahan Hatinya di palu resah sejak seminggu yang lalu dia dengar yang Sofea dah bertunang. Memang tak mustahil sebab tiba-tiba Sofea menghilang seminggu, memang dia pernah cuba nak hubungi Sofea tapi entah kenapa hatinya keras. Dia memandang lama telefon bimbit, nombor telefon Sofea di dail belum sempat nada tersambung dia lekas-lekas menekan butang merah. Hatinya resah lagi.
*****
Pintu kereta dibuka perlahan, Sofea meloloskan diri ke dalam kereta, tangannya menarik tali pinggang keledar. Mikhail tersenyum memandang. Dia memandang Sofea tersenyum. Lima minit setelah masuk ke dalam kereta masing-masing membisu.
         “Mikhail, saya ada benda nak bagi tahu awak sebenarnya tapi lebih baik rasanya saya bagi tahu face to face supaya awak tak salah sangka, selain family saya awak orang kedua yang tahu,” Sofea cuba menghidupkan suasana sunyi yang tercipta sejak dari tadi.
Mikhail senyap. Hatinya berdegup kencang. Mungkin betul sangkaan dan khabar angin selama ni Sofea memang dah bertunang. Air matanya sudah bergenang, dia sedaya upaya menumpukan perhatian pada pemanduannya. Ya Allah cekalkan la hati aku untuk menerima segala apa yang berlaku. Mikhail mengangguk keras, sempat di amenjeling pada jari Sofea segera Sofea menyembunyikan jemarinya.
         “Cakap la, apa benda yang awak nak cakap?” ada nada keras pada suaranya.
         “Tunggu la sampai nanti baru saya bagi tahu,”jawab Sofea lembut.
         “Bagitahu la, saya tak boleh nak fokus drive nanti,”ujarnya. Suara dia mendatar. Mikhail cuba menumpukan perhatian lagi, tanpa disedari air mata sedikit lagi mahu tumpah. Pantas dia menyeka sebelum dia mencurah-curah lagi. Entah kenapa hatinya tidak tenteram. Dia takut akan kebenaran yang bakal diterima  Sofea tak sampai hati, dia tahu Mikhail bukan jenis yang mudah menangis.
         “Awak,” panggil Sofea lembut.
Mikhail senyap, dia terus melemparkan pandangan pada jalan raya.
         “Awak..ingat tak hari ni Isnin lepas berapa hari bulan?” soal Sofea tiba-tiba.  
Otaknya ligat mengira.
“18 hari bulan. Kenapa?”soal dia kembali. Pelik. Apa kena mengena tarikh 18 hari bulan dengan apa yang terjadi. Dia bingung.
         “Haa..saya dah ingat bukan awak cakap hari tu awak test awak kereta kan?”
Sofea mengangguk laju.
         “I pass with flying colors,” ujar Sofea sambil tergelak.
         “Phewww….lega saya,” Mikhail koyak senyum lebar.
         “Kenapa awak?”
         “Tak ada apa-apa,” dia menjawab. Kala itu mahu saja dia keluar dari kereta kemudian jerit kuat-kuat sambil lompat bintang.
******
26 Julai 2010,
Mikhail senyum bila dia nampak kelibat Sofea. Mikhail ,kau boleh buat punya. Dia bermonolog sendirian. Sofea menghampiri pintu kereta, dan seperti biasa Mikhail akan terlebih dahulu membuka pintu kereta untuknya dari dalam.
         “Assalamualaikum,” ujar Sofea.    
         “Walaikumusalam,” jawabnya. Dia melempar senyum lagi.      
         “Kita nak pergi mana ni?” soal Sofea. Bila dia perasaan Mikhail menghalakan kereta ke arah Kampung Baru.
         “Kita pergi The Ship nak?”  
         “Okay…” dia menjawab.
         “Sofea, saya ada benda nak cakap, errr..tapi macam mana nak cakap ye…”
         “Cakap apa awak?”
       “Macam mana nak mula ye, saya tak tahu nak mula dari mana…”ujarnya lagi. Sofea tergelak. Tanpa sedar mereka dah sampai ke destinasi. Akhirnya Mikhail senyap. Selepas makan Mikhail senyap sampai la dia hantar pulang ke rumah Sofea. Dia masih kaku. Sofea hanya lempar senyum.
******
27 Julai 2010,
Getaran telefon bimbit dari dalam beg mengejutkan Sofea.
1 message received- Mikhail
         Awak, keluar kejap saya ada dekat parking lot. Please, kita keluar lunch. Saya ada benda nak cakap. IMPORTANT.
Sofea tergelak. Beg tangan di capai di sangkut ke bahu, kaki di bawa arah parking lot. Mikhail kelihatan sudah sedia menunggu sambil menyandar di pintu kereta. Mikhail mengukir senyum.
         “Jom ,” ajak Sofea. Mikhail mengangguk.
******
“Awak nak cakap apa? tanya Sofea sekembali dari makan tengah hari. Mikhail menarik nafas panjang.
“Sofea, saya sukakan awak, saya sayangkan awak, saya cintakan awak,”ujar Mikhail dengan penuh yakin. Dia memandang tepat pada mata Sofea.
Sofea terpempam, dia senyap. Dia menarik senyum segaris. Sampai di depan bangunan pejabat, Sofea masih membisu.
         “Thanks for lunch,” Sofea menarik senyum segaris.
         “Sofea,” panggil Mikhail sebelum dia menutup pintu kereta. Sofea berjalan laju membiarkan Mikhail terpinga-pinga. Serentak handphonenya berbunyi. Segera dia memandang skrin telefon.
         1 message received – Sofea
         SAYA PUN SAMA, MIKHAIL.
Si penerima SMS meraup nafas lega sungguh kalau hari ni dia telan selori lemon dia masih boleh senyum.

Thursday 29 March 2012

HARDWARE STORY

Fazira membuka grill pintu kedai. Ini la la rutin dia sejak dua minggu lepas, pukul 7 bukak kedai, sapu sikit-sikit, kemas lebih kurang, bukak laptop online, tunggu customer. Cuti semester hampir empat bulan yang bosan tahap raksaksa di isi dengan menjaga kedai hardware abah tu pun sebab dia bermurah hati angkat tangan nak tolong jaga kedai abah ni. Empat bulan sebab kerajaan sedang selaraskan semester ikut luar negara. Ye la lagipun nak harap sapa lagi jaga kedai abah harap dia dengan Ayad je penunggu sepenuh masa dekat rumah. Tapi awal-awal abah dah singkirkan Ayad dari jaga kedai ni sebabnya abah suruh bukak pukul 7 pagi pukul 11 belum tentu bukak lagi. Tutup patut pukul 7 petang, sebelum habis orang waktu pejabat si Ayad dah tutup kedai.  Lagipun  jaga kedai bukan susah pun customer biasa mintak benda-benda yang dia tau, penyapu, cat, skru, hammer, gam kayu ala benda-benda basic tu dia kenal je. Kalau tak tau apa susah dia suruh je customer tu datang petang sikit time abah ada takpun dia call abah. Pagi ni rutin macam biasa lepas bukak kedai dia ambil penyapu sapu lebih kurang. Kedai hardware abah ni bukan besar, tapi syukur lepas abah pencen askar, hasil titik peluh abah ni la dia, Kak Reen dapat masuk universiti. Si Ayad tu lepas sampai matrikulasi. Memang banyak jasanya kedai ni.
Lepas habis menyapu Fazira duduk, dia bukak laptop, broadband Celcom di cucuk pada USB port. Sambil-sambil tunggu customer tu online la. Apa lagi main Facebook, Twitter, baca blog, takpun bukak Youtube dengar lagu. Jam pada dinding di kerling, perutnya rasa lapar. Mak dah bekalkan dia dengan nasi lemak, nanti tengah hari Ayad takpun abah datang hantar makanan tengah hari. Tekaknya mengidam Nescafe pulak. Kaki di bawa melangkah ke ruang belakang kedai. Dekat belakang ni memang ada instant Nescafe, Milo ada uncang teh jugak dengan cerek elektrik memang abah ada sediakan, ye la kira lebih kurang macam pantri la. Baru mahu melangkah ke belakang dia terdengar derap kaki.
“Aish…sapa pulak pagi-pagi hilang hammer ni.” Dia kembali ke depan menjenguk pelanggan yang datang. Kelihatan seorang pelanggan tengah membelek tikar getah yang tergulung pada sudut dinding kedai.
            “Ye…encik cari apa?” tanya Fazira lembut.                           
“Saya nak beli tikar getah yang ni, nak 10meter.”
Fazira mencapai kayu pembaris  Tikar getah dibuka gulungan. Di ukur tiap kayu dikira satu meter. Sampai bilangan ke tujuh makin lama makin sikit gulungan.
“Tak cukup la encik. 7meter je cukup. Encik cari corak lain la.”
“Ala. Tapi saya nak corak ni.” Ujar pelanggan berjersi Chelsea lagi
“Saya tak pasti la encik kena datang petang sikit. Kena tanya boss saya dulu, boleh ke?”tanya Fazira.
Dia mana tahu hal ehwal tikar getah ni. Julung-julung kali ada orang beli tikar getah, sekarang bukan semua orang pakai tile, parquet ada yang letak lantai kayu segala ke. Tapi tak di nafikan untuk student macam dia tikar getah sangatla penting terutama bila dapat bilik yang lantai simen kosong, takkan la nak berkasut masuk bilik. Bilikla tempat yang paling banyak di luangkan masa sepanjang tahun jadi apa la salahnya hias bilik serba sedikit ye tak.
“Boleh la, petang karang saya datang balik,” ujarnya lagi  sebelum melangkah keluar .
Fazira menghantar dengan pandangan mata. Ah..sudah dia confident gila je cakap buatnya abah cakap dah takde pattern tu, mati. Telefon pada mej pada meja kaunter dicapai mendail nombor telefon abah.  Sebaik sahaja nada tersambung,
“Abah…tikar getah yang warna hitam putih  macam papan chess tu ada lagi ke?”
*****
Kunci kereta dicampak atas meja. Dari luar dia dah terbau nasi goreng ibu. Adrian menjengah ke dapur. Dia nampak ibu tengah mengacau nasi goreng dalam kuali.
“Dapat ke Adrian tikar getahnya?” tanya ibu bila dia nampak Adrian terpacul di muka pintu.
“Ada bu, tapi tak cukup pulak yang pattern adik nak tu, 10 meter kan?” dia menjawab. Dia menuang air teh dalam cawan. Kuih koci dalam pinggan di capai. Kuih favourite dia ni.
“Katanya 10 meter. La..kenapa tak ambil corak lain je,” ujar ibu. Nasi goreng disenduk dalam pinggan.
“Adik cakap nak corak yang macam chess board tu kan,” Adrian menyuap ke nasi ke dalam mulut.
“Awak tak payah dengar sangat cakap adik awak tu, beli je macam mana pun. Mengada dia tu,” tambah ibu.
“Ala. Takpe bu, lagipun budak perempuan tu cakap petang karang datang balik. “
“Budak mana?” tanya ibu.
“Awak pergi kedai dekat sebelah CIMB tu ke?” ibu menyoal.
“Haah..kedai tu je yang bukak pagi hari Ahad ni yang lain pakat tutup je,”jawab Adrian
“Fazira la tu, tengah cuti agaknya,”
“Fazira?”
“Fazira anak pakcik Karim tu la.  Fazira tu belajar dekat UMS tak salah.”
“Entahla bu, orang bukan kenal pun” Adrian menjawab.
Memang dia tak kenal pun. Tapi pakcik Karim dengan isteri dia makcik Nor dengan Ayad anak pak cik Karim tu dia memang kenal. Itu pun kalau dia ikut berjemaah di surau, pakcik-pakcik dekat situ akan tanya dia kalau dia tak datang terutamanya pak cik Karim. Ayad pulak rajin duduk sebelahnya kalau berjemaah. Adrian bukan menetap dekat dekat Kuantan, dia balik sebab menziarah ibu. Ibu pindah sini lepas ayah meninggal. Waktu tu dia dekat UTM, lepas habis study tak sampai sebulan dia dah dapat kerja dekat KL. Kalau balik pun time raya, itupun dia tak kemana. Kawan-kawan dia banyak di KL dah memang sejak lahir dia duduk dekat sana.
“Makan cepat, lepas ni teman Ibu pergi pasar pulak.” Suara ibu mengembalikan fikirannya bepijak semula ke alam realiti.
“Ai…ai Madam…,”gurau Adrian. Mulut disumbat lagi dengan nasi goreng, fikirannya tiba-tiba di lintas figura bernama Fazira.
*****
“Dania tunggu kejap tau,  Kak Ya nak tengok orang datang tu…” Kepala Dania diusap lembut. Dania menganguk sambil tersengih. Fazira bingkas bangun dari kerusi bila dia nampak kereta mamat berjersi Chelsea. Masakan dia tak ingat Toyota Vios hitam itu kepunyaan mamat jersi Chelsea tu sebab itu satu-satunya kereta yang terpakir di tempat parkir kereta deretan kedai itu. Kemudian bila mamat tu keluar dari kedai, dan apabila dia menjenguk ke tempat parkir Toyota Vios hitam itu juga lesap. Dania di belakang kaunter sudah ketawa mengekek-ngekek bila dia pasangkan Upin Ipin dekat Youtube. Sesekali Fazira menoleh  ke belakang memastikan Dania masih berada di situ.
“Encik…tikar tu ada,” ujar Fazira sebaik sahaja dia nampak mamat berjersi Chelsea itu melangkah ke dalam kedai.
Adrian membuka kaca mata hitam, di sangkut pada leher baju. Setengah minit berlalu tanpa kata.
“Encik jadi tak,” soal Fazira lagi. Apa hal la pulak mamat ni mengelamun. Selendang dia senget ke, baju dia kotor ke sambil itu Fazira membetul-betul selendang yang menutupi kepalanya.
“Eh...jadi. 10 meter ye.” Adrian menjawab sekaligus mematikan lamunannya.
Adrian menunggu Fazira mengukur tikar getah yang diminta. Dia memerhati Fazira yang terkumat-kamit mengira bilangan meter. Sekali sekala Fazira mencuri pandang pada Dania yang khusyuk menonton Upin Ipin. Selepas diukur, 10 meter Fazira melipat sedikit, kemudian dia mengunting perlahan-perlahan. Tikar itu dilipat, kemudian di masuk ke dalam beg plastik. Fazira ke meletakkan tikar yang sudah dibungkus di atas kaunter.
“65 je encik, satu meter RM7.50 tapi boss saya cakap kalau beli banyak kurang seringgit. So total RM65 je la.” Plastik berisi tikar getah ditolak ke arah Adrian.
Dua keping not RM50 dihulur pada Fazira. Fazira menekan cash register machine memulangkan wang tukar. Dania di sebelah menarik baju Fazira menyuruh Fazira membuka episod Upin Ipin yang lain pula.
            “Dania..kejap ye sayang…,” ujar Fazira sambil mencari wang tukar di dalam laci pula. Rambut Dania di elus lembut. Dania yang kalau tadi diam kini sudah mula buas, mungkin sebab kekalutan Fazira mencari wang tukar menyebabkan dia tidak mendapat perhatian kebetulan siri Upin Ipin yang ditayangkan sudah habis.
Adrian jadi pemerhati setia, suara Fazira dan tingkah laku Fazira melayan Dania menyebabkan suatu perasaan asing tiba hadir sekaligus adrenalin berlari kencang menyerbu ruang jantungnya dan hatinya tiba berdegup lebih laju dari biasa.
            “Kejap ye Encik, kurang seringgit pulak ni.” Fazira menolak laci satu persatu. Dania sudah mula mahu berlari, lekas-lekas Fazira mendukung Dania supaya dia tidak berlari di sekeliling kedai nama pun kedai hardware confirm dah bahaya dan penuh dengan benda tajam.
            “Tak pe..tak pe..cukup dah ni.” Adrian megambil baki di atas meja di masukkan ke dalam saku seluar. Plastik berisi tikar getah disangkut di jari.
            “Maaf ye encik, nanti bila-bila encik claim je la seringgit tu. Terima kasih, datang lagi ye…” Fazira menundukkan kepala tanda hormat. Adrian membalas dengan mengangkat tangan, dia koyak senyum sebelum beredar Adrian sempat mencium pipi Dania, dan Dania tersipu-sipu.
*****
Adrian melemparkan pandangan ke luar tingkap. Matanya menangkap pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermandi manda di kolam renang di dalam kawasan apartmentnya itu. Dia tersenyum mengingati kembali kejadian Ahad lepas, wajah comel Dania menerpa ruang matannya. Cantik macam ibunya juga. Entah kenapa hatinya di serang rasa hiba, mungkin bila dia tahu yang Fazira sebenarnya sudah berkahwin. Tapi mama cakap yang Fazira tu belajar lagi, takkan la dah kahwin, tapi zaman sekarang kahwin sambil belajar bukan pekara besar lagi.
“Adrian, kau skodeng apa tu…”. Hakimi menepuk Adrian dari belakang. Nasib baik tak terlepas mug di tangannya. Adrian mengurut dada. Hakimi terkekeh ketawa melihat Adrian terkejut. Hakimi mencapai remote control di atas meja, mencari siaran yang menarik dan akhirnya dia terlekat dengan saluran TLC. Adrian mengambil tempat di sebelah Hakimi
“Kimi…,” panggil Adrian
“Hurm….,” Hakimi menjawab nak tak nak. Dia khusyuk melihat Jamie Oliver sedang memasak, baru dia tahu kenapa ramai orang suka tengok Jamie at Home ni sebab rancangan dia memang best.
“Kau kenapa?” tanya Hakimi bila dia sedar Adrian disebelahnya senyap tidak berkutik.
“Kau percaya love at the first sight?” tiba-tiba soalan itu terpacul dari mulut Adrian. Adrian buat muka selamba. Kala itu Hakimi sedang meneguk air tersedak. Adrian menjegilkan mata, terbatuk-batuk Hakimi mendengarnya.
            “Soalan spesis luar alam apa kau tanya ni?” soal Hakimi sambil mengelap bajunya yang terpercik air.
            “Random,” Adrian menjawab pendek.
Adrian bangun dari sofa. Langkah diatur ke dalam bilik. Hakimi memandang pelik. Fikiran Adrian masih melayang pada Kuantan, lebih tepat pada figura dan wajah itu lagi. Selepas dia pulang dari Kuantan hatinya resah terutama sekali bila dia nampak Fazira bersama seorang budak perempuan itu, comel dan mukanya memang mirip Fazira. Hatinya sebu lagi.
*****
“Eh…apa mimpi awak balik ni,” tanya ibu. Mangga pintu grill itu dibuka. Jam sudah lewat malam. Adrian baru sahaja pulang minggu lepas dan kalau dia balik pun kebiasaannya kalau dia ambil cuti lama.
            “Saja, Adrian teringat ibu tu la balik,” ujar Adrian. Tangan ibu diraih untuk bersalam. Adrian merehatkan diri selepas penat memandu. Entah kenapa selepas sahaja waktu pejabat, dia terus memandu ke Kuantan, hatinya terdorong.
             “Adrian dah makan ke ni, kalau tak makan lagi ibu nak panaskan lauk,” tanya ibu bila dia nampak Adrian kelihatan penat.          
            “Adrian dah makan tadi, tak pe ibu masuk la tidur dulu. Adrian nak lepak dekat sini kejap,” jawab Adrian.
Ibu tersenyum dan menganngguk kemudian mengatur langkah ke dalam biliknya. Adrian memejam mata dan bayang figura itu melintas lagi.
*****
“Selamat pagi bu,” ucap Adrian bila dia nampak ibu tengah sibuk menyediakan sarapan pagi. Sabtu pagi yang sunyi. Kebiasannya ibu lagi sunyi bila tiada dia dan adiknya, Adra. Adra sekarang tengah praktikal jadi lepas habis praktikal ada juga kawan ibunya. Pernah juga dia suruh ibu tinggal bersamanya di KL tapi ibu lebih suka habiskan masa disini.
            “Selamat pagi,” balas ibu. Ibu meletakkan bihun goreng di atas meja. Bau bihun goreng ibu membangkitkan selerannya. Adrian menyenduk bihun goreng ke dalam pinggan dah ditabur hirisan telur dadar. Sedap.
            “Apa mimpi Adrian balik ni, dapat girlfriend orang Kuantan ke?” pertanyaan ibu spontan membuatkan dia tersedak. Ibu menghulurkan cawan berisi teh. Adrian menghirup rakus, beberapa kali dia mengurut tekaknya.
            “Apa ni ibu, Adrian balik melawat ibu la,” dia menjawab, bihun goreng disudu lagi. Ibu tersenyum. Adrian mencebik cuba menyembunyikan perasaannya. Ibu ni macam mana boleh detact. Otak dia ni dah transparent ke sampai boleh baca semua pekara yang tertulis.
            “Ala…ibu acah je la,” ibu gelak lagi. Adrian bangun dan meletakkan pinggan ke dalam sink. Botol sabun cecair di tuang ke atas span, air dilarikan, kemudian dia membasuh pinggan. Ibu jadi pemerhati tegar. Adrian mengambil tempat kembali di sebelah ibu memerhatikan ibu sedang makan.
            “Adrian, tolong ibu cat dinding luar tu boleh ke?” tanya ibu.
            “Boleh…boleh,” jawab Adrian lantas bingkas bangun. Hatinya bersorak riang memang dia nak cari alasan ke kedai hardware pun tapi dia tak tahu atas dasar apa. Kunci kereta dicapai pantas. Jarinya pantas membuka pintu.
            “Eh…apa hal excited semacam ni, Adrian ibu tak pesan lagi nak cat warna apa,” jerit ibu dari dapur.
            “Adrian tau,biru kan,” balas dia dari luar. Pintu Toyota Vios hitam itu ditutup. Enjin kereta dihidupkan. Ibunya tersenyum lagi sambil mengeleng-geleng kepala.
*****
Ear phone disumbat di telinga, pagi-pagi Sabtu ni tak ramai orang sebab petang karang ada pasar malam betul-betul depan kedai ni. Jadi ini la masanya dia sambung layan The Big Bang Theory. cerita yang sangat hilarious, serta bakal menyebabkan dia terkekeh ketawa sampai keluar air mata. Bunyi ketukan meja kaunter mengembalikan dia ke alam realiti. Ear phone di lurut ke tengkuk, wajah yang sangat dia kenali.
            “Ye…encik boleh saya tolong,” soal Fazira pada wajah yang sangat dia kenali.
            “Saya nak cari cat,  berus cat,  ada ke?” tanya Adrian kembali.
            “Ada…ada, kejap ye,” jawab Fazira sambil membuka laci mencari kad skim warna.
Adrian membelek-belek kad skim warna yang dihulur. Fazira di depan memerhati, ear phone di tanggal dari leher. Kad skim warna di bentang atas meja, Fazira memerhati Adrian menunjuk warna yang di inginkan. Fazira mengangguk-angguk kemudian ke stor belakang mencari. Dia mencari-cari kalau ada kelibat budak perempuan yang bernama Dania itu. Cat warna biru yang telah dipilih serta berus cat diletakkan di atas meja kaunter
            “Satu tin je encik?” tanya Fazira lagi. Entah kenapa mulutnya beramah mesra pada mamat berjersi Chelsea ini lagi. Ya…mamat itu masih setia dengan jersi Chelsea, kipas susah mati gamaknya.
            “Satu tin cukup je,” jawab Adrian sambil melemparkan senyum. Dompet dibuka perlahan-lahan. Dua keping not RM50 dihulur.
            “Semua RM68, cat RM62, berus RM6,” ujar Fazira sambil menghulr baki. Adrian mengira baki, sepatutnya baki yang di terima RM32 tapi lebih RM 1.
            “Lebih RM1 ni,” kata Adrian. Dia menghulur wang kertas RM1 kepada Fazira.
            “Hari tu kan saya ada hutang encik RM1,” balas Fazira.
            “Lupa kan. Panggil saya Adrian je, tak payah nak berencik-encik,” Adrian membalas sambil tertawa. Fazira tersenyum. Plastik berisi tong cat dan berus cat ditolak kea rah.
            “Baik Adrian, datang lagi ye.” Fazira mengoyak senyum lagi.
            “By the way, mana anak awak,”soal Adrian lagi sambil mengangkat plastik.
            “Dania ke? Dia bukan anak saya, anak sepupu saya tu dia mintak tolong saya jagakan kejap,” terang Fazira. Adrian koyak senyum, kalau bukan sebab Fazira ada depan mata dia dah lama buat lompat bintang sambil jerit yahoo kuat-kuat.
*****
Lepas habis mengecat, Adrian duduk di kerusi luar. Ibu sedang, membetul-betulkan pasu bunga, kejap ke kiri, kejap ke kanan, mencari kedudukan yang dirasakan sesuai. Adrian mengelap dahinya dengan sambil menghirup air sarsi sejuk. Ibu di memandang Adrian dengan ekor mata, dia menangkap wajah Adrian yang dari tadi tidak berhenti tersenyum sejak balik dari kedai tadi.
            “Adrian, ibu nak tanya sikit ni,” tanya ibu perlahan. Ibu menarik kerusi disebelah Adrian. Adrian meletakkan gelas di atas coaster kemudian memandang ibunya.
            “Tanya apa bu?” soal Adrian terpinga-pinga.
            “Adrian demam ke?” soal ibu sambil meletakkan belakang telapak tangan didahinya.
Adrian menepis tangan ibunya sambil ketawa.
            “Tak ada la bu,” jawabnya perlahan sambil ketawa lagi. Ibunya di sebelah meneguk air.
            “Adrian demam cinta,” Adrian menggumam perlahan sambil tersenyum dan bayang figura itu melintas lagi.
*****
“Adrian, hantarkan barang dekat kereta dulu, ibu pergi dekat bahagian ikan-ikan tu tau,” ujar ibunya kemudian berlalu pergi. Plastik berisi barangan kering, dan sayur memang sudah memenuhi tangannya.
            “Okay…”ucap Adrian ringkas. Dia berjalan ke arah kereta. Selepas menghantar barang dia sengaja lalu depan kedai Fazira. Tapak pasar malam itu memang betul-betul berada di tempat letak kereta depan kedai Fazira jadi kereta kena parking di kawasan belakang. Adrian melemparkan pandangan ke dalam kedai, entah kenapa kaki dia terdorong mahu ke melangkah ke dalam, kelihatan Fazira tekun mengadap laptop. Pandangan dilemparkan pada Fazira.
            “Cari apa” suara dari belakang mengejutkannya. Adrian menoleh kebelakang, dia nampak tubuh Karim di depan sambil memegang sabit. Tubuhnya mengigil tiba-tiba, bibirnya terkunci rapat.
            “Nak…nak beli gunting pokok ni,” Adrian menyambar gunting pokok yang betul-betul ada disebelah rak tempat dia berdiri.
            “La…kamu Adrian,” ujar Pak cik Karim, sabit di letakkan atas meja kaunter. Adrian menghulur salam. Fazira yang dari tadi khusyuk mengadap laptop, tersentak seketika. Fazira melemparkan pandangan pada Adrian, kemudian tersenyum. Adrian membalas senyum.
            “Lama pakcik tak nampak kamu berjemaah?” soal pakcik Karim. Adrian mengeluarkan duit dari poket, menghulur not merah kepada pakcik Karim. Fazira meletakkan gunting ke dalam plastik dan  menolak plastik itu pada Adrian dan sekali lagi dia melempar senyum.
            “Saya baru balik malam semalam, Insyallah malam ni,” jawab Adrian. Plastik beg di angkat.
Pakcik Karim memberi pulang duit baki.
            “Jumpa malam ni dekat surau,” pesan Pakcik Karim sebelum Adrian melangkah ke keluar.
            “Insyallah,” balasnya kembali sebelum menghilangkan diri.
*****
Laptop, dan fail di sumbat dalam Targus. Jam di meja tepat pukul 5.30 petang. Blazer di capai dari kerusi belakang, Targus disangkut ke bahu belakang, baru je dia mahu melangkah.
            “Adrian,” suara dari belakang menyapa. Adrian menoleh ke belakang kelihatan Wendy secretary bossnya memanggil.
            “Are you going back to Kuantan again this week?” tambah Wendy. Adrian tersenyum, mengangguk. Touch card tergantung di hala ke touch reader bagi membuka pintu pejabat.
            “She got girlfriend at Kuantan meh, Wendy” ada suara sumbang tukang tambah.
Adrian senyum segaris.
            “See you guys on Monday,” dan Adrian terus bergegas pulang.
Petang Jumaat adalah hari yang dia nantikan, sudah dua bulan dan tiap-tiap minggu Adrian pasti pulang ke kampung, mula-mula ibu hairan juga, tapi lama-lama ibu cakap best juga dia balik. Hakikat hatinya sudah lama tertinggal di Kuantan lebih tepat tertinggal tepat pada figura yang selalu singgah dalam kotak fikirannya itu.
*****
“Assalamualaikum,” ucap Adrian pada Fazira yang seperti biasa tidak boleh lekang dengan netbooknya.
“Walaikumussalam,” Fazira membalas kembali.  Adrian seperti biasa tiap-tiap Sabtu dan Ahad akan berkunjung ke kedai abahnya itu, kejap nak beli skru, beli paip, beli papan, beli paku. Pelik juga tapi apa yang nak dipelikkan, abah cakap yang Adrian seorang je lelaki dalam family dia jadi nak diharapkan siapa lagi kalau nak beli barang, nak betulkan benda-benda rosak mesti ibunya tunggu Adrian balik.
“Hari ni nak beli apa pulak,” Fazira menyoal sambil mengoyak senyum.
Adrian gelak, ada nada sarkastik di situ.
“Nak beli sangkut yang tempat letak frame tu ada ke?” dia teringat yang ibunya pernah cakap nak gantung gambar.
Fazira mengangguk, dia ke belakang mencari penyangkut yang Adrian minta.
“Nah, RM5…,” hulur Fazira setelah dia letakkan penyangkut itu dalam plastik. Adrian menghulur not RM5.
“Terima kasih,” balasnya kemudian menyambut huluran plastik.
“Minggu depan awak beli dari abah saya la pulak ye,” kenyataan Fazira tadi menampar  gegendang telingannya. Adrian terdiam. Wajahnya kala ini boleh dirasakan bertukar warna.
“Saya dah nak balik Sabah dua hari lagi,”tambahnya lagi bila dia nampak Adrian membisu.
Adrian mengangguk kemudian segera menghilangkan diri. Fazira menghantar dengan pandangan mata. Pelik.
***
Adrian nekad, kotak berbukungkus kertas putih itu digenggam erat. Songkok dibuka, diletak disebelah tempat duduk penumpang  matanya liar mencari kelibat pak cik Karim. Kelihatan pak cik Karim sedang bersembang dengan jemaah surau yang lain, dia menunggu sehingga pak cik Karim selesai bersembang, dia lekas keluar dari kereta bila dia lihat pak cik Karim menuju ke arah motosikal yang dipakir berdekatan dengan keretannya.
            “Pak cik,” panggil Adrian. Pak cik Karim berhenti lantas menoleh ke belakang.
            “Pak cik saya ada benda nak cakap sikit boleh ke?” tanya Adrian. Kotak berbungkus kertas putih yang di genggam erat cuba menghilangkan getar yang sedang melanda. Pak cik Karim tenang dan senyum.
            “Nak tanya apa tu, Adrian?” soal  Pak cik Karim.
             “Saya nak kawan dengan Fazira, itu pun kalau pak cik izinkan,” tutur Adrian laju senafas.
Pak cik Karim gelak. Hatinya yang tadi diserang bimbang, tatkala ini dia boleh mengukir senyum bila dia nampak Pak cik Karim ketawa.
            “Pak cik tak kisah, tapi kena tanya tuan punya badan sendiri,” Pak cik Karim menjawab. Kopiah diatas kepala dicabut, dilipat ke dalam poket. Lega hati Adrian bila Pak cik Karim bagi green light.
            “Pak cik boleh tak tolong bagikan Fazira ni,” Adrian menghulur kotak putih.
            “Insyallah,” jawab Pak cik Karim sekali lagi mengoyak senyum. Adrian menghulur salam tanda mahu pamit.
            “Terima kasih Pak cik,”tambahnya lagi.
Pak cik Karim mengangguk, enjin motosikal dihidupkan kemudian mengucap salam. Adrian menghantar pandangan sehingga kelibat Pak cik Karim tidak lagi kelihatan. Kala ini sungguh Adrian buat lompat bintang.
*****
Kotak berbungkus kertas putih itu diletak atas meja kopi, kunci motosikal disangkut pada paku dinding. Mak cik Nor meletakkan cawan berisi air teh sejurus pak cik Karim melabuhkan punggung atas sofa. Ayad yang dari tadi khusyuk mengadap televisyen, turut mengerling kotak putih itu dengan ekor mata.
            “Apa ni abahnya?” soal mak cik Nor melihat kotak berbungkus kertas putih di atas meja. Ayad yang mahu tahu mengambil tempat disebelah abahnya.
            “Fazira punya ni,” jawab pak cik Karim sambil menghirup teh.
            “Abah beli untuk Kak Ya je, tak beli pun untuk Ayad,” suara Ayad separa merajuk.
            “Bila masa abah beli, ni Adrian yang bagi,” jawab pak cik Karim. Mak cik Nor dan Ayad melemparkan pandangan.
            “Ya...” panggil abah dari ruang tamu.
Fazira yang sedang melipat baju dari dalam bilik mengatur langkah ke ruang tamu.
            “Kenapa bah?” soal Fazira, dia mengambil tempat di hadapan abahnya.
            “Ni ha, ada orang bagi,” ujar pak cik Karim. Kotak berbungkus kertas putih dihulur pada Fazira. Fazira terpinga-pinga.
            “Apa ni bah?” Fazira tidak faham. Dia masih tak dapat menangkap apa yang terjadi. Dia merenung kotak berbungkus kertas putih dihadapannya.
            “Kak Ya ada peminat,” giat Ayad. Mak cik Nor dan Pak cik Karim melempar senyum.
            “Adrian kirim, katanya dia nak kawan dengan kamu,” terang abah. Sekali lagi dia terpinga. Otaknya kembali mencari pemilik nama Adrian. Seingat dia dalam dunia ini ada seorang sahaja yang nama Adrian yang dia kenal. Adrian yang selalu datang ke kedai hardware abahnya itu. Tak kan la.
            “Adrian yang selalu datang kedai tu ke abah?” soalnya kembali mencari kepastian.
Abah mengangguk dan saling bertukar pandang dengan emaknya. Ayad dari tadi membelek kotak berbalut kertas putih itu.
            “Abah pulang la balik dekat Adrian, Ya tak nak,”ujarnya.
            “Mak sebenarnya dah lama berkenan dengan Adrian tu Ya, ala kawan-kawan apa salahkan abahnya,” tambah emak. Ayad mengangguk.
            “Abah tak ada halangan Ya, terpulang pada Ya sendiri,” tutur abah lembut. Abah meletakkan keputusan itu pada dirinya sendiri. Hatinya pernah juga berdetik sebaris nama Adrian, tak kan la hati tak rasa lain bila orang sama datang ke kedai tiap-tiap Sabtu dan Ahad tanpa gagal. Tapi dia tidak mahu melayan kata hatinya takut nanti dia terperasan sendiri.
            “Kak Ya bukak la,” gesa Ayad tidak sabar.
Fazira teragak-agak mahu membuka kotak itu, kelihatan abah dan emak juga mahu tahu isi kandungan kotak tersebut. Dia membuka balutan kotak itu perlahan.
            “Wow...Samsung Galaxy S II,” jerit Ayad.
Fazira menjegilkan mata pada Ayad. Ada sekeping kertas berlipat tertulis namanya.
 Fazira,
I’m not the kind of person who believes love at the first sight, but you has proved me wrong.
Miscall me if you accept me to be part of your life. But if not, please, please and please take this as a gift. Don’t bother to return it back.
And I can still buy at your shop kan? J
p/s I already insert the simcard and save my number, am waiting your number appears on my screen.
Adrian.
Fazira melipat kertas, dan mengoyak senyum. Ayad melarikan jari jemari pada skrin Samsung Galaxy SII itu.
            “Eh…Ayad apa main handphone Kak Ya ni,” Fazira merampas dari tangan Ayad.
            “Eleh tadi tak nak,” Ayad mencebik. Fazira bingkas bangun dan melangkah pantas ke bilik.
*****
Pagi itu seperti biasa dia menapak ke kedai hardware pak cik Karim seawal 8 pagi. Semalaman matanya tidak dapat tidur menanti nombor telefon itu muncul di skrin telefonnya. Kelihatan Ayad tersengguk-sengguk di meja kaunter, apabila dia menjengah masuk ke kedai.
            “Abang, Kak Ya tak datang hari ni,” Ayad bersuara sebaik sahaja nampak Adrian masuk ke dalam kedai.
            “Abang bukan cari Kak Ya la, abang nak beli ball lampu ni,” ujar Adrian cover malu. Ball lampu di letak atas meja kaunter. Hatinya meronta-ronta mahu tanya lagi. Ini mesti satu rumah pak cik Karim dah tahu ni.
            “Eleh…macam orang tak tahu,” tambah Ayad lagi. Baki wang dihulur pada Adrian.
            “Abah cakap tak Kak Ya tak payah tunggu kedai dah, abah suruh Kak Ya rehat. Lusa Kak Ya nak balik dah,” terang Ayad tanpa disuruh. Adrian mengangguk perlahan, dia risau jugak kalau Fazira tak datang kedai sebab dirinya.
            “Abang, Ayad nak jugak Galaxy SII tu,”
            “Dapat U nanti tuntut dekat abang,” ucap Adrian sebelum melangkah keluar. Ayad tersengih.
****
Dua hari berlalu dan nombor yang ditunggu masih belum terpapar pada skrin. Adrian mengeluh kecil. Jam di tangan sudah menunjukkan jam 1 tengah hari, lunch time walaupun hakikat perutnya tidak berasa lapar. Hatinya diserang resah, waiting is really killing him.  Telefon bimbit dibiar atas meja, biarlah lagipun dia ada bawa handphone company, Adrian melangkah keluar dengan rasa sebal.
****
Fazira merenung nombor telefon di skrin Galaxy SII, flight ke Kota Kinabalu delay pulak. Dia ambil masa membelek isi kandungan telefon bimbit itu. Hatinya keliru, abah memang tak pernah sentuh  pasal “benda” itu selepas kejadian malam tu tapi emak ada jugak la bercakap sekali dua pasal Adrian, habis biografi Adrian dibentang dari tempat lahir Adrian sampai la tempat kerja Adrian. Waktu dia naik bas pagi tadi pun emak sempat lagi pesan.
            “Bukan senang nak cari orang yang betul-betul sukakan kita Ya.” Pesanan emak tadi meresap dalam hatinya. Jujur hatinya memang kagum bila Adrian berani bagi tahu pada abah sendiri, rata-rata ramai budak lelaki dekat kampung tidak berani menegur dia sebab dia orang takutkan abahnya sebab dia orang cakap abah dia garang. Fazira memerhati nombor telefon itu lagi, sewaktu dia mahu melayarkan jari pada butang menu tidak sengaja dia tertekan butang call. Fazira lekas-lekas menamatkan panggilan, mesti ada miscall keluar sebab dia dengar bunyi nada tersambung. Jantung Fazira berderau laju, Samsung Galaxy SII segera dicampak dalam beg.
****
Adrian melangkah masuk ke dalam pejabat. Dia merenung telefon bimbitnya berkelip-kelip.
1 missed call – LOVE.
Haha, dia memang sengaja save nombor telefon tu LOVE.
Adrian menggosok matanya beberapa kali. Hafiz rakan sepejabatnya pun pandang hairan.
            “Fiz, kau tampar aku kejap,” suruh Adrian kerana dia masih kurang percaya dengan apa yang tertera pada skrin telefon bimbitnya.
            “Kau kenapa, gila eh,”
            “Tampar je la,” suruh Adrian lagi.
Hafiz menampar pipi Adrian.
            “Sakit…sakit…,” ucap Adrian mengusap pipi dan misscall log masih tertera LOVE.
Hafiz berlalu pergi, menggeleng kepala. Adrian pantas menekan butang hijau kembali. Dua saat kemudian talian bersambung, kedengaran suara sebelah sana mengucap salam.
            “Walaikumsalam,”jawab Adrian. Bibirnya tidak berhenti mengoyak senyum.
            “Fazira,” panggil Adrian. Sebelah sana masih senyap.
            “Fazira?” panggil Adrian lagi
            “Awak suruh miscall kan?” suara sebelah sana bersuara.
            “Ya….ya, so macam mana?”
            “Awak yang suruh saya miscall kan?” suara sebelah sana menyoal kembali. Adrian menepuk dahi kemudian tergelak.
            “Saya dah nak take off ni, saya sampai saya miscall lagi okay,” suara sebelah menambah lagi. Perkataan miscall sengaja ditekan.
            “Ok. Take care,” pesan Adrian.
            “Sure, same goes to you.”  Klik. Talian sebelah sana mati. Hari ni kalau dia makan selori buah oren pun dia masih boleh koyak senyum.
*****
“Abang nak tahu satu rahsia tak?” soal Fazira
“Rahsia apa?” soal Adrian, dia mengemaskan pelukan pada bahu Fazira. Mata mereka tidak lepas memandang ke arah pada taman permainan mengawasi gerak geri Siti Adriana Muhamad Adrian, puteri sulung mereka.
“Sebenarnyakan waktu abang suruh Ya miscall dulu, Ya tertekan butang call. Handphone abang bagi tu canggih sangat confuse,” ujar Fazira.  Adrian memandang tepat ke dalam anak mata Fazira.
“Abang marah ke?” soal Fazira bila dia lihat wajah suaminya tak beriak.
“Lantakla, penting sekarang Ya sayang dekat abang?” Adrian tergelak. Pekara dah lepas buat apa mahu diungkit lagi, Siti Fazira Karim dah selamat jadi isterinya empat tahun lepas ditambah pula dengan kehadiran Siti Adriana dalam kehidupan mereka.
“Abang tak marah pun sayang, abang suka lagi ada. Kalau tak sebab sayang tertekan butang call tu agaknya sekarang ni kedai abah tu dah tak ada apa-apa sebab abang dah beli semuanya,” ucap Adrian lembut, dia mengenggam erat tangan Fazira. Fazira lantas memeluk erat Adrian, dia mengoyak senyum lebar, hatinya memanjat kesyukuran padaNya sungguh dia bahagia menjadi Puan Muhamad Adrian.