Sunday 11 March 2012

EPAL UNTUK LAILA

"Rasa cinta kita seperti manisnya epal merah"
"Dulu Kak Long tak suka sangat makan epal merah, tapi sekarang suka. Cuba buat contoh macam tu, mungkin one fine day Kak Long boleh suka dia pulak," suara Nadia dari tadi memujuk. Laila masih lagi mengigit epal merah sekali sekala dicicah pada garam. Sedap. Mata masih lagi tertancap pada skrin komputer, suara Nadia dari tadi umpama angin lalu. Laila pandang sekilas, Nadia buat mata terkelip-kelip mintak balas jawapan.
"Itu pasal epal adik ku sayang, boleh la nak negotiate ni pasal jodoh tau tak?” Laila bersuara.
Dia suka epal merah kerana sebiji epal yang dia dapat waktu sekolah dulu. Epal merah yang terukir senyum dan dia rasa pemberi epal tu sangat ikhlas sekaligus pemberi epal itu berjaya ubah persepi yang bahawasanya epal merah sangat sedap.
Tapi kak, abang Long tu baik tau. Laila jeling. Sejak bila pulak mamat tu dapat mandat jadi abang Long ni. Seingat rasa aku tak pernah kahwin lagi.
"Eh...sejak bila panggil abang Long ni, Kak Long tak kahwin lagi la.
“Soon," Nadia cepat-cepat lari sebab dia dah terbayang bakal kena baling dengan bantal epal merah yang jadi peneman tidur Kak Longnya itu.
Laila kembali menghadap pada skrin komputer. Jarinya pantas mencari folder label school memories. Seraya otaknya kembali menggamit memori lapan tahun lepas.
*****
Suasana dewan makan hingar bingar dengan suara yang berlumba-lumba nak bercerita perihal masing-masing. Biasalah waktu macam ni la nak buat sesi luahan perasaan. Waktu sekolah memang tak sempat, hatta waktu rehat sekali pun masing-masing mengelek buku. Waktu sekarang ni la nak berehat lepas lelah tekanan belajar. Langkah kaki di atur ke meja yang sudah jadi tempat biasa. Beg yang dari tadi kemas dibahu di letak atas meja. Penat. Jam di tangan dikerling, baru pukul 1.15 tengah hari jadi ada lebih kurang sejam lebih lagi sebelum prep pukul 3 petang. Nasib baik la asrama ni sistem makan waktu tengah hari terhidang, jadi tak payah la buang masa nak beratur segala. 
Laila menghala ke arah sinki beratur, ramai la pulak nak basuh tangan sambil dalam otak  melakar susun atur jadual nak buat apa lepas habis makan pergi solat dekat surau, naik bilik nak mandi, gosok uniform, lepas tu lagi, belum sempat Laila habis susun jadual dalam kepala dia dengar orang belakang berdehem tanda giliran dah sampai sekaligus otaknya kembali berpijak pada realiti. Laila cepat-cepat membasuh tangan. Dia jeling sekilas mencari suara yang berdehem. Kenapa la mesti manusia bernama Izzat Nazmier yang dia teramat anti ni, walaupun dah dua tahun dia sekelas dengan Izzat ni sekali pun dia tak pernah tegur manusia bernama Izzat ni. Okay, panggil dia berlagak atau anti sosial tapi dah jelas nyata dia  selalu rasa yang Izzat ni poyo dan perasaan bagus mungkin sebab cikgu selalu puji dia melambung dalam bab pelajaran tapi bila bab tingkah laku memang dah out mamat tu. Peraturan tak pernah nak ikut, contoh sekarang Izzat sudah tersarung t-shirt merah dan kaki pula elok terletak selipar jepun. Sempat lagi balik dorm tukar baju. Laila mengutuk dalam hati, kalau warden lalu sah la kena pumping ni. Entah kenapa la mulut Laila masin sangat hari ni, baru sahaja nak mula makan dengar suara cikgu Rahimi merangkap warden memetir dari belakang. Laila pandang belakang, dan jelas dia nampak mamat t-shirt merah tadi kena pumping. Nasib kau la labu, siapa suruh terlebih rajin sangat.
“Ijat kau selamba je tukar baju t-shirt ni,” budak sebelah yang cermin mata nak terlurut ke batang hidung tu pandang dia.Izzat buat-buat tak dengar . Lantak la warden nak buat rondaan besar-besaran pun dia tak kisah. Tapi memang kalau hari Isnin yang schedule hectic nak terkeluar jadual ni warden…
“Izzat Nazmier , pumping sepuluh kali sekarang,”
…takkan ronda la kan.
Dia perasan yang macam semua orang dalam dewan makan tu tengah pandang dia .
“Eh , aku ke?”. Dia buat muka tak bersalah.
Rasanya , dalam sekolah ni Izzat Nazmier tu ada sorang je. Dia berdiri . Tepat anak mata Cikgu Rahimi tu pandang dia atas bawah tak lepas . Memang la kan bala dah datang. Dua kesalahan sekaligus. Selipar jepun tersarung kemas dekat kaki dan baju warna merah yang striking ni elok tersarung dekat badan. Dia berkira-kira nak melangkah. Sure la dapat exercise tambahan hari ni. Tapi disebabkan bebola mata tu dah macam nak terkeluar, dia melangkah juga. Posisi siap sedia nak pumping di ambil . Tangan saat itu dah menyentuh permukaan lantai dewan makan. Beratus pasang mata dah memandang . Dan ‘tugasan’ yang warden bagi dilaksanakan dengan lancar .
Kalau nak cakap malu memanglah agak malu . Tapi dia tau, mana ada siapa yang berani nak sindir depan-depan dan takde siapa pun berani nak pandang sinis walau sesaat pun dekat Izzat Nazmier. Kecuali, ada seorang makhluk yang baju biru pengawas yang pandang dia semacam dari tadi . Pandangan semacam yang lebih bersifat sarkastik dan juga agak … sinis. Minah tu memang pecah rekod. Dan waktu dia menepuk nak menghilangkan pasir dekat baju. Dia nampak cik baju biru pengawas tu lontarkan pandangan mengejek. Okey, nampaknya cik baju biru pengawas tu macam tak cukup kenal lagi siapa Izzat Nazmier.
*****
“Ala…mak cik epal hijau tak de ke?” ujar Laila saat mak cik dewan makan letak epal merah sebiji dalam tray. Kenapa la dewan makan ni selalu sangat bagi epal merah, try la bagi epal hijau sekali sekala. Epal hijau sedap tau cicah garam.
“Tak de dik, epal merah je ada,” Mak cik dewan makan jawab sambil tersenyum mencedok ayam masak merah. Hari Sabtu ni giliran makan nasi tomato, dan kalau hari Sabtu memang waktu tengah hari makan tak berhidang sebab kebanyakkan pelajar tak turun. Waktu ni kalau nak beramah-mesra dengan mak cik dewan makan.
“Mengada-ngada, tak reti nak bersyukur. Dekat Afrika tu belum tentu orang dapat makan epal,” suara dari belakang menyampuk tiba-tiba.
“Eh…ni apa kes tetiba enter frame ni,” Laila bersuara dalam hati seraya kepala menoleh ke belakang mencari pemilik suara yang dah spoil mood dia di hari Sabtu yang hening ni.
“Kau sibuk kenapa, suka hati aku la,” ini memang boleh mendatangkan kemarahan, Laila bersuara. Nasib la ada kurang sepuluh orang dalam dewan makan ni. Boleh tahan bergegar suaranya.
“Aku bukan nak sibuk tapi cuba jadi manusia yang bersyukur boleh tak?” suara tu menambah lagi. Pemilik suara tadi senyum segaris sambil angkat tray berlalu pergi. Laila senyap malas mahu menjawab dan dalam hati dia juga mengakui. Kenapa aku tak boleh jadi manusia yang bersyukur.
“Ijat yang kau sound Laila tu kenapa?” tanya Ashraff sejurus dia nampak Izzat meletak tray atas meja. Laila rupanya nama dia baru aku tahu walaupun dia memang rasa selama ni minah tu satu kelas dengan dia. Lagipun jarak kaunter yang tempat orang ambil makanan dengan meja yang duduk bukan jauh mana jadi memang jelas kedengaran suara Izzat dengan Laila.
“Saja, aku nak ajar dia jadi manusia yang bersyukur”. Izzat menjawab sebaris walaupun jawapan lebih tepat adalah aku dapat ajar supaya kau jangan main-main dengan seorang yang bernama Izzat Nazmier.
*****
Ketukan pintu mematikan lamunannya. Setengah saat Nadia menjenguk dari daun pintu.
“Kak Long, ibu panggil makan,”
            “Okay, nanti Kak Long turun,” ujar Laila. Dia menutup tetingkap komputer tapi mindanya masih lagi berada pada zaman yang sudah berlalu lapan tahun dahulu atau lebih tepat kisahnya bersama lelaki bernama Izzat Nazmier itu. Dan sebenarnya banyak lagi kisah hidup yang tercatit yang melibatkan Izzat Nazmier dalam hidupnya.
****
Izzat dari tadi tidak bergerak dari sofa. Matanya masih tertancap pada siaran CSI: NY dari tadi. Mama di sebelah turut sama ambil tempat.
“Ijat…mama nak cakap sikit ni,” suara mama memecah kesunyian. Izzat masih lagi tidak menoleh, matanya tetap setia memandang pada skrin.
“Ijat..mama nak cakap sikit ni,” kali ini suara mama naik satu oktaf. Mama dan topik utama bila agaknya Izzat Nazmier ni nak bawak calon menantu.
“Kenapa ma?” Izzat mengalah, mata di bawa arah pada mamanya.
“Ijat mama nak kenalkan Ijat dengan anak kawan mama. Budaknya baik, bersopan santun , hormat orang tua,”
“Lagi ma?,”serta-merta tangan mama mendarat kat peha dia. Kan dah dapat sedas. Mama tengah masuk mood serius dia pulak nak buat muka blur kat situ.
“Main pulak dia. Mama nak Ijat kenal-kenal la dengan dia. Kenal hati budi dia, tanya kerja dia, tanya nama dia,”
“Mama jer la yang tanya sendiri. Kenapa Ijat pulak yang kena tanya segala bagai tu?” tiap kali mama nak jadi match maker berjaya mesti dia yang jadi penyebab utama impian mama hancur. Bukan tak nak tapi macam belum sedia lagi . Ye la tu. Umur dah nak jejak 26 tahun pun belum sedia lagi. Entah sampai bila pun tak tau dia akan sedia .
“Hishh kamu ni . Mama nak kenal untuk kamu .Bukannya mama nak cari jodoh untuk mama. Kamu jumpa jer lah dulu . Cakap sepatah dua ,” Ijat masih mendiamkan diri. Berfikir sejenak . Sama ada nak menerima atau menolak kali ni .
“Tak nak lah ma,” jawapan dia tetap sama .
Hakikat sebelah hatinya sudah lama hilang dibawa lari pada cik baju kurung biru lapan tahu dahulu.
******
“Abang , boleh tak malam ni Nadia nak mintak tolong abang ajarkan Nadia nak guna ASP.Net tu, Nadia tak berapa nak familiar sangat, tadi pun bila Puan Irma terang Nadia blur” pinta Nadia.
Abang yang baju merah tu mengangguk.
“Boleh je, Nadia tunggu abang dekat cafĂ© malam ni lepas Isyak. I’ll be there around 9.00 p.m,”
“Thanks abang..Hehe..bang, tolong tengok kan beg dengan phone Nadia kejap tak nak pergi beli air kejap.
Adik dia yang sorang ni memang la kalut semacam. Walaupun bukan adik sendiri tapi dia rasa selesa dengan Nadia dan seperti biasa banyak mulut-mulut yang selalu anggap yang dia dengan Nadia tu ada apa-apa.
Lagu ‘Grenade’  memecah lamunannya . Setahu dia, tak pernah pulak dia guna lagu Grenade buat ringtone. Sekilas , dia menoleh ke arah Blackberry Nadia tu. Contact’s picture yang terpampang dekat skrin Blackberry ni macam dia pernah nampak. Muka macam sangat familiar. Setengah saat kemudian, deringan Blackberry tu terhenti.
“Mana pulak Nadia ni” dia menggumam rendah. Grenade selagi lagi berbunyi minta diangkat. Nama pemanggil : Kak Long. Entah mana datang idea, dia rasa macam nak jawab call tu . Macam mana kalau call phone tu penting sangat-sangat dan tak boleh nak di tangguh dah. Butang hijau ditekan.
“Err , Hello ,” dia bersuara bersahaja.
Laila melihat sekali lagi Blackberry. Rasanya tak salah nombor. Contact’s name dah betul. Nombor pun lagi lah betul. Dah berzaman dah Nadia tu guna nombor ni. Takkan sakit tekak sampai suara berubah jantina kot. Tak pun Nadia dah kena kidnap lepas tu penculik tu ambil handphone dia. Tak boleh jadi ni.
“Nadia mana ? Awak ni penculik ye? Baik awak pulangkan balik adik saya sebelum saya report polis,” terketar suaranya. Dalam hati dah memanjat doa semoga Nadia selamat.
“Eh..Kak Long dah salah faham ni. Nadia pergi beli air. Saya….
“Abang siapa call?” belum sempat dia habis bercakap telefon sudah bertukar tangan.
“Ye…Kak Long, tu kawan Nadia la,” giliran Nadia pula kali pula bercakap beg di galas ke bahu dan empat jari dibentuk tanda jam 9 dan si baju merah mengganguk tersenyum.
*****
“You did what Kak Long? I’m not kids anymore sampai orang nak culik la,” Nadia mendengus geram. Kakak dia ni memang la paranoid terlebih. For the record dia dah 23 tahun la.
“Poor abang kena tuduh sampai macam tu?” ujar Nadia nada kasihan. Abang yang memang dia anggap macam abang kandung sendiri kes bermula lepas orientasi yang setiap senior akan dapat seorang junior yang kena jaga dan nasib dia dapat seorang abang senior yang baik dan banyak tolong dia selama ini walaupun abang dah selamat bergraduasi dan selamat bergelar seorang jurutera sistem tapi abang selalu datang melawat dia di kampus. Kalau dia ada masalah dalam pelajaran pun abang masih akan ada masa untuk membantu.
“Abang?” Ye la dia sebaya Kak Long la that’s why Nadia panggil dia abang,”
“Tak kira malam ni Kak Long kena ikut mintak maaf dengan abang.”
“Malas Kak Long, siapa suruh dia angkat telefon Nadia”
“It’s an order Kak Long,” dan Laila senyap malas mahu menjawab.
*****
Sweater yang di pakai tidak mampu menahan angin malam yang mula mengigit tubuhnya. Nadia dari tadi sudah di depan Haish..tak pasal-pasal la dia kena ikut Nadia pergi kampus dia malam ni. Sepatutnya malam-malam Jumaat ni dia melepak di rumah melepas segala lelah. Dan kena minta maaf dekat abang? Eh…abang, apa kes pulak aku nak panggil dia abang dia sebaya aku la.
“Nadia tak awal sangat ke ni, mana ada orang punctual sangat ni.” Tangan di masuk dalam poket sweater cuba menahan ketar.
“Abang Ijat punctual la Kak Long. Ha..kan Nadia dah cakap tu abang dah sampai.” Nadia melambai-lambai.
Dari jauh dia tergamam. Memang sah dia la orangnya. Laila cuba bangun mahu mengelak. Memang dari rumah tadi hatinya kurang senang dan kenapa la dia tak pernah terfikir nak tanya nama penuh abang senior kesayangan si Nadia ni.
 “Abang Ijat kenalkan, ni Kak Long Nadia yang tuduh abang jadi kidnapper siang tadi tu. Abang Ijat boleh panggil Kak Long..
“Laila…” belum sempat Nadia nak habiskan sesi suai kenal Izzat dah mencelah.
“Abang kenal Kak Long?” muka Nadia dah berkerut mintak penjelasan dekat Kak Longnya.
Laila mengetap bibir menahan perasaan, mulutnya terkunci seketika.
“Kak Long Nadia used to be my school mate dulu,” Izzat memandang Laila tepat pada matanya  Laila mengangguk dan bibirnya cuba mengulas senyum.
*****
“Kak Long kalau nak cari abang Long cari la macam abang Ijat tu, baik, bersopan santun, berbudi bahasa, berhemah,
“Tegas, adil,” sambung Laila.
“Apa Kak Long masuk slogan polis ni?”
Nadia pandang Laila  yang dari tadi senyap membisu sejak dari Kak Longnya jumpa dengan abang Ijat. Pelik dia dengan abang Ijat dan Kak Laila kata school mate tapi macam tak ada yang tak kena je sepatutnya mesti banyak benda nak diceritakan.
“Kak Long dengan abang Ijat macam mana waktu dekat sekolah dulu, tak rapat ke?”
“Biasa-biasa je,” Laila jawab nak tak nak.
Nak je dia bagitahu yang Nadia sebenarnya abang Ijat awak tu musuh Kak Long sejak zaman berzaman.
*****
Izzat memandang desktop wallpaper yang terhias gambar kelas sekolah menengah tersenyum. “Laila” dia ucap nama sebaris. Wanita yang membawa hatinya separuh lagi pergi sejak lapan tahun lagi. Pertama sekali dia nampak Laila lebih dekat waktu Laila minta makcik Dewan Makan tu epal hijau. Waktu tu dia terus buat kesimpulan yang Laila tak suka epal merah. Dan sebenarnya waktu Apple Day dekat sekolah dulu dia pernah letak dekat bawah meja Laila tu epal merah sebab epal hijau dah habis. Dia tersenyum sendiri. Zaman sekolah dulu tak teringin nak confess apa-apa sebab dia rasa hubungan tu takkan jadi. Dan dia rasa dia mula jatuh suka waktu nampak Laila tu makan epal yang dia bagi waktu tu. Sebab Laila tak buang atau bagi dekat orang lain epal tu walaupun tu epal merah. Sejak tu juga dia selalu rasa nak buat Laila sakit hati walau dia tak de niat pun nak buat Laila tu tak suka dia. Tapi dia rasa dia terpaksa sebab dia tak nak makin suka tapi sebaliknya perasaan yang datang makin dekat dan dalam masa lapan tahun itu perasan itu tidak pernah pudar walaupun sekecil zarah.
*****
“Kak Long, Nadia nak pergi beli ayam goreng dekat sana tau. Nanti kita jumpa dekat kereta eh,” Nadia menepuk bahu kakaknya yang khusyuk memilih buah epal.
“Okay…okay…,” Laila menjawab tidak memandang. Dalam kotak fikirannya dah terbayang balik ni hiris epal nipis-nipis kemudian letak garam tak pun cicah dengan kuah rojak. Nyum… Lepas membayar harga epal itu dia melangkah ke kereta. Tak sampai sepuluh langkah dia dengar macam ada orang panggil nama dia.
Laila menoleh ke belakang, patut la dia rasa plastik isi epal yang dia bawak makin lama makin ringan rupanya plastik tu bocor. Dia nampak susuk tubuh yang dia sangat kenal sedang mengutip epal-epal yang bertaburan.
Izzat mengangkat muka melihat tuan punya epal yang berterabur. Si tuan epal hanya memerhati wajah tak beriak.
“Nah...” Izzat menghulur epal yang dia telah kutip yang telah dia ganti dengan plastik kepunyaannya dan ada sebiji epal yang masih dalam genggaman.
Laila menyambut huluran plastik berisi epal itu, dan dia memerhati tingkah lelaki di hadapannya. Izzat mengeluarkan kunci dari poket seluar, kemudian kunci di benam ke dalam epal itu. Kunci di larikan ke dalam epal mengukir suatu senyuman.
“I  harap you still suka senyuman dekat epal merah,” Izzat menghulur epal yang sudah terukir.
Senyuman yang terukir pada epal tu mengingatkannya kepada epal merah bawah meja waktu zaman sekolah dulu. Tanpa riak, huluran di sambut dan dia melangkah pergi tanpa kata.
*****
Sepanjang perjalanan balik ke rumah dari pasar malam dia senyap. Segala bebelan Nadia tidak di endah. Sebaik sahaja sampai di rumah dia terus memeruk dalam bilik. Pandangan di lontar pada epal merah yang berukir. Dia masih tak percaya rupanya manusia yang dia pernah isytihar perang dulu sebab selalu sangat menyakitkan hati dia adalah manusia yang berjaya mengubah persepi dia yang walaupun sesuatu benda yang kita tak suka tapi akhirnya akan menjadi kesukaaan kita. Tak kenal maka tak cinta.
Laila terdengar pintu biliknya dikuak.
“Kak Long, abang Long nak jumpa dekat bawah,” Nadia bersuara sambil melabuhkan punggung di birai katil.
“Abang Long a.k.a abang Ijat.” Mata Kak Long yang dah mencerun terus dia tukar panggilan jadi abang Ijat balik.
“Kak Long tak nak jumpa siapa-siapa la Nadia. Can you leave me alone?”
Nadia mendail Blackberrynya.
“Abang, Kak Long tak nak jumpa la”. Laila menyembam muka pada bantal tapi telingannya masih terpasang mendengar Nadia berbicara.
“Kak Long, abang Ijat nak jumpa kejap je. Please. Dia cakap unfinished business, please  Kak Long,” Nadia menggoncang bahu Laila. Laila akhirnya mengalah. Dia mencapai tudung yang tersangkut di penyidai. Malas mahu mendengar Nadia membebel lagi.
****
Laila nampak Izzat bersandar pada pintu kereta sambil tangannya mengukir epal. Laila berdehem. Izzat memaling muka sambil tersenyum.
“Laila, awak dengar dulu apa yang saya nak cakap,” Izzat bersuara memecah kesunyian antara mereka. Izzat pandang wajah Laila yang membisu dari tadi.
“Laila kalau boleh saya nak ukir senyum dekat epal untuk awak tiap-tiap hari. I mean tiap-tiap hari. Kalau awak suruh saya ukir senyum dekat epal for the whole day pun saya sanggup. As long as awak boleh senyum tiap-tiap hari dekat saya. Cause I really love you. I really do,”
Laila membatu lagi. Dan akhirnya dia senyum.
“Awak ke yang letak epal bawah meja saya dulu ? ,”
Izzat membalas dengan anggukan.“Okey ,kalau macam tu. Mulai sekarang awak kena hantar epal merah dekat saya tiap-tiap hari sebab awak yang buat saya suka dekat epal merah. Awak kena ukir senyuman dekat epal tu tiap-tiap hari. Sanggup ?,”
Izzat angguk lagi. “Saya sanggup ,”
“Okey , epal tu untuk saya kan ?,” Laila mengunjuk epal yang di tangan Izzat.
“Thanks. Esok jangan lupa tau ,” epal di tangan Izzat di rampas. Laila berlari ke dalam rumah. Izzat terpempan. Kemudian, dia tergelak sendiri. Izzat menyeluk saku seluar mencari telefon bimbit. Nombor telefon mama didail sejurus talian tersambung.
“Mama…Ijat dah ada calon menantu untuk mama…”

2 comments:

ch000tz said...

wooooow this is really huge entry!

Ridha Reewani / Rizai Reeani said...

Tahniah untuk sebuah cerpen yang menarik.

Terima kasih sudi mengambil bahagian dalam peraduan ini. (^_^)