Wednesday 4 January 2012

KELAB JIWA LUKA #1

hujan lebat seiring dengan hati yang sedang kecamuk. ahhh. lagi dua hari cukup dah tiga tahun aku pegang jawatan pengerusi kelab jiwa luka. aku la pengerusi, aku ahli, aku bendahari. senang cerita hanya aku yang ada. aku ingat lagi, waktu aku di universiti. siapa yang putus cinta,takpun bergaduh dengan bf sampai hampir nak putus, kalau jumpa aku mesti akan cakap

"weh aku nak jadi macam kau, relaks gila kan. takde boifren pun kau hidup je riang gembira."
aku sengih lepas tu aku ucap welcome to the club. tapi tak sampai setengah hari lepas habis episod pujuk memujuk dorang. semua nak keluar kelab aku tu. paling lama ada lah tiga empat bulan, tak sampai setengah jam pun ada. ye la, kelab aku bukan berdaftar pun. lagipun annual dinner pun takat makan maggi dekat bilik je. 

sejarah kelab jiwa luka secara tidak rasmi dalam enam tahun lepas, waktu aku diploma. kalau dah satu geng berkumpul dalam satu bilik. dalam bilik tu ada lima orang, hari minggu lagi, sorang main game zuma, sorang main sms (mulut tetap bercakap) , yang baki lain pulak bersembang. topik utama kalau tak cerita pasal opposite gender, mesti buat ketupat barang tiga empat karung sambil tu mulut mengunyah keropok lekor dan minum teh ais sedap yang beli dekat cafe.

"weh aku ni bila la nak ada boifren kan, asyik-asyik jiwa luka je" aku pecah kesunyian. susana dalam bilik pula, kalau tak berdentum lagu dari winamp tu memang tak sah. 

"ala, relaks ah kan." aku tambah lagi ringkas empat perkataan. kes nak elak, sebab dah salah masuk topik. sorang kawan aku menyampuk.

"ada la tu nanti." dia senyum. kawan aku tu memang dah berpacaran. dengan orang jauh. masih dalam malaysia, cuma pacarnya currently living luar negara. aku sengih kerang lagi. yang lain dari tadi senyap bagi kata semangat.

"takpe, aku pengerusi kelab jiwa luka." tiba-tiba je perkataan tu terpacul dari mulut aku. secara tidak rasmi. kawan aku pakat gelak. aku pun gelak. sebab aku memang main-main je. tak sangka memang officially aku dalam kelab tu sampai mahu genap tiga tahun dari 2009. sebab aku pernah bercuti almost setahun lebih dari kelab tu dalam tahun 2008 tapi end up sekarang masuk balik dalam kelab tu. tapi takpe kan, sebab kalau aku kenang balik rasa kenangan bersembang dengan kawan-kawan tu yang paling aku tak boleh lupa. even, random talks pun tapi sebenarnya ada sesetengah pekara yang random tu pekara yang paling bermakna untuk diingati nak-nak kalau diiring dengan gelak ketawa, dan riang gembira.

aku mungkin nampak orang yang tidak mengenang, dan tiada post dan ucapan berjela yang bagitahu korang ada lah kawan yang paling best. tapi, bila aku stalk profile facebook korang senyap-senyap maknanya aku memang rindu korang sangat.
epik bernafas, PH

No comments: