Jun
2009,
Sofea
intai Ain di sebelah kubikel dari tadi
khusyuk mengadap skrin komputer. Sofea
menguap untuk kesekian kalinnya pagi ni, jam di tangan di kerling. Lagi
setengah jam rehat. Hari pertama masuk kerja, memang tak ada buat apa-apa.
Pegawai kanan bawak semua pembantu perpustakaan baru ronda bangunan
perpustakaan empat tingkat ni, bermula dengan tingkat dua. Minggu pertama ni
kira macam orientasi la, belajar macam mana nak key in untuk pinjam, pulang
buku, renew lepas tu belajar macam mana kalau
ada student nak booking bilik meeting ke apa ke. Kira itulah prospek kerja dia
sebenarya sebab ramai yang assume kerja dia macam pengawas perpustakaan dekat
sekolah tu. Sebenarnya lebih kurang, cumanya ni dapat gaji. Matanya dari tadi
mahu tertutup, lepas ronda tingkat dua tadi, pegawai kanan bagitahu yang lepas
lunch baru sambung balik. Saat matanya mahu terlelap, dia rasa bahu sebelahnya
di cuit.
“Sofea, jom rehat.” Sofea tersentak.
Dia menggosok mata. Ain disebelahnya sudah bangun. Nisa di depan kubikel Ain
turut bangun.
Sofea
segera mencapai purse dalam beg, sambil menuju pada Ain dan Nisa sudah menunggu
di hadapan, dia sempat jeling pada kubikel kosong di depannya.
*****
Nisa
dan Ain masing-masing dah ambil tempat, Sofea masih lagi mencari lauk yang kena
dengan selera. Hari pertama memang dia tak boleh nak expect buat jadual dalam
kepala nak makan apa.
“Nak makan apa la ni, banyak sangat
lauk confused la pulak,” gumam dia dalam hati. Sofea pandang sekeliling,
matanya tiba-tiba terdorong pada sekumpulan lelaki yang dia assume kerja sama
tempat dia dengan dia jugak (berdasarkan lanyard yang tergantung dekat leher masing-masing). Dia
meletakkan pinggan atas meja, lengan baju kurung di selinsing sedikit menuju ke
arah sinki yang kebetulan berada bersebelahan dengan sekumpulan lelaki tadi,
dia memandang lagi kemudian menghantar senyuman sambil menunggu giliran. Matanya
terarah pada lelaki kemeja biru yang dari tadi mengukir senyum.
“Staff baru ke?” Lelaki kemeja biru menegur.
Sofea
mengangguk.
“Mikhail Rahman,” ujarnya ringkas.
“Sofea Ismail,” balas dia kembali.
Sofea balas senyum, kedua belah pipinya
terlekuk. Setiap kali dia senyum pipinya akan kedalam. Dulu abangnya
pernah cakap yang dia cacat sebab ada lesung pipit, tapi sebenarnya cacat yang
cantik. Dia penah baca yang lesung pipit sebenarnya sebabkan oleh otot
zygomaticus utama yang lebih pendek dari ukuran sebenarnya atau otot ini
terbelah menjadi dua kondisi dan sebabkan ada lekukan di pipi.
Mikhail
senyum lagi membalas sambil mengangguk jemput makan (berdasarkan
gerak-gerinya), Sofea segera basuh tangan, rupanya dah setengah minit sinki
depannya kosong.
*****
Usai
solat Zohor, Sofea kembali pada kubikel. Pegawai kanan bagitahu yang petang ni
tak jadi taklimat sebab semua pegawai ada mesyuarat, so sementara nak tunggu
office hour habis semua pakat online la apa lagi. Kubikel depannya yang tadi
kosong nampak sudah ada penghuni sebab dia terperasan mug biru itu keluar asap
nipis. Setengah minit kemudian Sofea nampak lelaki kemeja biru tu yang tegur dia dekat kedai makan tadi.
“Sofea kan?” tegur kemeja biru sambil
koyak senyum lagi.
Sofea
angguk lagi.
“Tak sangka pulak depan kubikel,”
Sofea
gelak, dia mengangguk lagi.
“Puan Sofea, welcome aboard,”
“Thanks, by the way Cik Sofea, saya
belum kahwin lagi,” balas Sofea. Kala itu Mikhail koyak senyum lebar.
*****
Ain
menatang pinggan berisi karipap sardine dan dua mug nescafe panas ke ruang
tamu.
“Sofea, best jugak kerja dekat library
kan,” ujar Ain sambil mengigit karipap.
“Okay la jugak, best,” balas Sofea.
Best sebab Mikhail ke best sebab library Sofea oii. Sofea senyum sendiri.
Entah-entah dia tu dah kahwin ke apa, cepat-cepat dia menghalang perasaan itu. Ain
mengangguk-angguk. Mulut disumbat lagi dengan karipap. Mata kembali memandang
pada skrin televisyen, tiba-tiba Sofea rasa handphone nya bergetar. Sofea
pandang pada skrin telefon bimbitnya, pelik.
019457XXXX
Siapa la pulak ni. Mungkin Nisa kot sebab dia
memang ada bagi nombor telefon dekat Nisa, rakan sekerja barunya tadi.
Salam
Sofea – 019457XXXX
Takkan la Nisa tak bagi tahu nama dia, tapi
jari jemari pantas membalas.
Walaikumusalam- Sofea. Butang send
di tekan.
“Ain, 019457XXXX ni no Nisa ke?”
tanya Sofea.
“Bukan, Nisa guna 012,” balas Ain
balik. Sofea telan air liur. Siapa pulak la ni, dia memang tak suka SMS dengan
orang yang dia tak kenal. Jemarinya pantas lagi menaip.
Awak ni siapa?- Sofea
Sofea
menunggu pemilik 019457XXX membalas, setengah saat kemudian.
Saya orang la-019457XXXX
Sofea
menutup telefon kemudian dicampak atas meja, malas dia nak layan orang macam
ni, buang masa.
*****
Sofea
duduk melepaskan penat, dia meneguk air mineral. Penat juga marathon perpustakaan
ni, dari tingkat 2 ke tingkat 3 ke tingkat 4. Ain di sebelahnya pun
tercungap-cungap. Dah nak sebulan dekat sini, jadi minggu depan secara rasmi
dia akan bertugas ikut shift dan keberangkalian shift sama dengan Ain amatlah
susah sebab dia dengan Ain berbeza kumpulan. Dia fikir macam mana la nak balik
malam-malam nanti. Shift akhir habis pukul 10.30 malam, takpe la kalau tak sama
dengan Ain dapat dengan Nisa pun takpe. Telefon bimbitnya bergetar lagi.
019457XXXX. Dah dekat sebulan nombor ni mengacau ketenteraman hidup dia yang
paling geram sebab tak mengaku siapa dia. Bila dia try call, tak penah nak
angkat sebab membuatkan dia bertambah curious pemilik 019457XXXX, tahu je apa
yang dia buat sepanjang dia kerja dekat library ni, dia pakai baju apa, dia
datang awal ke dia datang lambat ke pergi kerja.
Awak, saya malas dah. Bagi tau siapa
awak balas Sofea. Pantas dia membalas, dia dah penat berteka-teki dengan
makhluk ni. Sofea duduk melepaskan lelah, setengah minit kemudian telefonnya
bergetar lagi.
Dekat pantry sekarang, saya pegang
mug biru – 019-457XXXX
Sofea
kerut dahi. Mug biru? Mikhail ke dia menyoal dirinya sebab dia selalu nampak
Mikhail sorang je pegang mug biru. Dia berjalan ke arah pantry. Tepat sekali
tekaan bila dia nampak Mikhail sorang je ada dekat pantry sambil pegang mug
biru. Sofea kerut dahi lagi, dia bawak keluar cawan kertas dari almari, dan
tadah air dari water dispenser.
“Sofea,” suara Mikhail memanggil.
Sofea
membatu. Memang Mikhail. Kala itu tidak tahu hatinya mahu marah atau gembira,
perasaan itu bercampur baur.
“019-457XXXX,” senafas Sofea
menyebut, badan di pusing menghadap Sofea
dia sudah hafal nombor telefon itu.
“Ya,” lemah suara dia menjawab.
“Kenapa?”
“Saya nak kawan dengan awak,”
“Sekarang kita bukan kawan ke?” soal
Sofea lagi
“Memang la tapi…”
“Sofea, oh Sofea,” suara Ain dari
belakang memanggil.
Sofea
panggung kepala ke belakang.
“Kenapa?” soal Sofea pada Ain.
Mikhail tak jadi menghabiskan ayatnya. Dia berpura-pura mengacau air.
“Pegawai
kanan nak jumpa kau sekarang,” tarik Ain. Sofea berlalu tapi sebelum itu sempat
dia hantar pandangan pada Mikhail.
*****
Selepas kejadian itu, bila dia dan Mikhail
bertentang mata, Sofea akan cepat-cepat melarikan pandangannya. Mikhail pun dah
berhenti SMS dia sejak kejadian di pantry sebulan lepas. Bulan ni dia shift
malam seorang diri, habis perpustakaan tutup, dia kembali ke kubikel mengambil barang.
Kelihatan Mikhail masih lagi ada, dia shift malam jugak agaknya tapi tingkat
lain patutla dia tak perasan.
“Sofea,
nak balik dah ke?” tegur Mikhail.
Sofea mengangguk, mulutnya terkunci.
“Biar
saya hantar, “ laptop terus ditutp, kunci kereta di atas meja di ambil.
Mulanya dia mahu menolak tapi rasanya dia
lebih percayakan Mikhail daripada kena mengadap naik teksi sorang-sorang.
Seram. Mikhail buka pintu kereta, tangan di depang tanda – jemput masuk wahai
Puteri Sofea. Haha, terlebih gula dia ni.
Sofea pandang Mikhail di sebelah yang
terkumat-kamit, gamaknya baca doa naik kenderaan. Radio di buka, lagu ‘for the
rest of my life’ berkumandang.
“Saya
suka lagu ni,” suara Mikhail pecah sunyi. Sofea senyum segaris.
Lima minit berlalu, ‘For the rest of my life’
dah berganti dengan lagu ‘Jangan Pisahkan’. Sedar tak sedar destinasi yang
dituju dah sampai. Pintu kereta di buka.
“Terima
kasih,” ujar Sofea kemudian mengangguk.
“Tak
ada apa-apa pun, kalau duty sama-sama saya hantar awak balik. Bahaya sorang-sorang
macam ni,” balas dia.
“Takpe…”
“My
pleasure…” Mikhail lempar senyum lagi.
“Eh..awak
naik dulu, saya tunggu sampai awak naik baru saya pergi,” tambah dia lagi.
Sofea mengangguk lagi. Dia mendaki tangga, dia
jenguk bawah dan kereta Mikhail masih di situ. Telefon bimbit di bawa keluar.
Dah
buka pintu grill, Thanks! – SMS di hantar.
Setengah saat kemudian.
OK.
Take care J - balas dari sebelah sana.
Dan dua-dua koyak senyum andai kalau tertelan
lemon sekarang pun masih boleh senyum lebar.
*****
“Hujan la weh, macam mana nak pergi kerja ni?”
Kekisi tingkap di tutup. Jam di rasakan makin pantas. Lima minit kemudian, dia
sarung kasut. Nak tak nak dia kena redah jugak nampaknya.
“Waktu macam ni la teksi takde,” gumam
Sofea dalam hati. Tangan dia dah lenguh dari tadi di depang, menahan teksi yang
lalu, semuanya ada penumpang. Baju pun dah basah, kalau nak patah balik tukar
baju gamaknya makin lambat la dia sampai.
Kurang lima minit kemudian, sebuah teksi berhenti dan Sofea terus
melompat naik.
*****
Payung dipegang sebelah, sambil tangan di
sebelah mencucuk kunci pada palam kereta. Sebuah teksi berhenti di depan
keretanya, susuk tubuh yang keluar dari teksi itu memang dia sangat kenal.
Kunci direntap berlari pada susuk tubuh yang sudah berdiri di bawah susur
beratap. Wajah itu basah, dan dia lihat susuk tubuh itu memeluk tubuh mengigil.
Jaket dibuka, kemudian di hulur pada si dia yang sedang menggigil lagi.
“Sofea,
awak pakai sejuk ni…”
Hujan masih lagi turun lebat tanda tidak mahu
berhenti. Sofea menggeleng. Dia masih memeluk tubuh. Mikhail letakkan jaket di
bahu Sofea. Dia mulanya mahu menolak lagi, tapi sungguh dengan baju yang basah
dan angin yang datang memang tidak mampu membendung dia dari kesejukan. Sofea
akur.
“Thanks…”
ucap Sofea.
“My
pleasure…” dia koyak senyum lebar.
“Jom,
saya hantarkan balik rumah awak tukar baju dulu kemudian saya hantar awak balik
pergi sini,” tambah Mikhail. Dia terus berlari ke arah kereta sambil mengangkat
tapak tangan tanda tunggu situ jangan pergi mana-mana. Kereta diberhenti
betul-betul di tepi susur beratap. Nak tak nak Sofea terus meloloskan diri ke
dalam kereta.
******
“Ain, lagi two weeks birthday Sofea kan?”
tanya Mikhail
Sewaktu dia di pantry dengan Ain. Mug biru
berisi nescafe dihirup perlahan. Kebetulan minggu ni dia bertugas dengan Ain
jadi memang senang la dia nak melaksanakan rancangan. Hari jadi Sofea memang
awal-awal lagi dia mark dekat kalendar. Maklumat yang di perolehi hasil dia
curi-curi tengok staff record, waktu dia nak dapatkan nombor telefon Sofea.
“Aah..kenapa?”
soal Nisa pelik. Kening kirinya terangkat.
“Jom kita sambut birthday dia, beli
kek ke?” cadang Mikhail.
“Orait
jugak tu, kebetulan malam tu aku, kau dengan Sofea sama-sama shift pagi kan?”
“Yep…”
“Set,
kau beli kek nanti aku bagi tahu dekat staff yang sama shift. Nanti duit kita
collect balik. Orait?”
“Deal…”
jawab Mikhail. Nisa berlalu keluar dari pantry, dan si pemegang mug biru masih
lagi tidak putus senyum sambil merencana program dalam fikiran.
*****
Januari 2010,
“Mana
la Ain ni memang tak boleh harap la, dah la student ramai waktu-waktu macam ni
dia boleh la pulak la nak pergi tandas segala…” Sofea membebel. Ye la dari pagi
tadi dia nampak Ain tak senang duduk kejap-kejap keluar. Shift dia tamat lagi
setengah jam, lepas ni balik rumah dia nak rehat puas-puas. Jam di dinding di
kerling, Kak Suria yang mengambil shift seterusnya sudah datang sambil
tersengih-sengih, dan dia memang la pelik sebab hari ni semua orang lain macam
dengan dia. Bila tadi dia nak masuk pantry cepat-cepat Ain menghalang, katanya
sempena hari jadi dia hari ni dia tawarkan diri supaya birthday girl dapat
layanan istimewa. Memang la satu office tahu yang hari ni birthday dia, tapi
tak akan la dia sampai satu hari ni semua orang tersengih-sengih pandang dia.
Minggu lepas birthday Kak Suria pun tak adalah sampai satu office nak
sengih-sengih kerang pun. Lima minit sebelum shift tamat dia mengemas meja, dan
sebelum tu nak singgah masuk office dulu, nak ambil barang.
“Happy
birthday Sofea, semoga panjang umur murah rezeki,” ucap Abang Mirza yang
mengganti tempat Ain pula sebelum dia melangkah keluar.
“Thanks,”
sebaris dia menjawab terus melangkah keluar.
*****
“Kenapa rasa pelik je office ni takde orang?”,
Sofea pandang pada kubikel depannya yang kosong. Dia orang ni suka hati je buat
program mengular beramai-ramai tak ajak dia. Haish…Sofea kalau la pegawai kanan
tau kau ada niat nak buat program mengular memang masak la kau, jawatan tu pun
belum confirm lagi. Sofea mengemas kemudian di masuk ke dalam begnya, baru
sahaja dia mahu melangkah keluar
berkumandang…
“Allah
selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Sofea, Allah
selamatkan kamu…”
Sofea menoleh ke belakang, dia nampak Ain, Nisa, dan budak office yang lain
menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu, kemudian di sebalik itu dia dapat
nampak Mikhail memegang kek kemudian berdiri di depan Sofea. Sofea tergamam,
saat itu mulutnya terkunci sungguh dia terharu.
“Sofea,
selamat hari jadi,” ucap Mikhail. Sofea mengangguk yang lain pula bertepuk
tangan. Mata mereka bertentang seketika.
“Dah…dah
buat Cerekarama tu, cepat potong kek aku tengah duty ni weh karang tak
pasal-pasal kena bambu,” tiba-tiba Nisa bersuara dari belakang yang lain pula
menyambut dengan ketawa.
Sofea ketawa mendengar leteran Nisa, Mikhail
hulur pisau plastik sambil menghantar satu lagi pandangan. Sofea terus koyak
senyum.
****
Julai 2010,
Beg tangan di letak di atas meja, dia
mengerling pada kubikel di hadapannya. Kosong.
Mug biru itu di atas mejanya itu juga tidak berisi. Lama sungguh rasanya
dia tak nampak pemilik mug biru itu. Cuti seminggu membuatkan dia rasa malas
nak mula berkerja balik walaupun cuti seminggu memang tak cukup bagi Sofea tapi
syukur Alhamdulilah banyak benda yang
dapat diselesaikan, dia sempat habiska buku novel yang dah berhabuk lama dia
beli, sempat marathon habis drama Korea yang dah berapa lama dia download tapi
tak sempat nak tengok dan paling penting dia sempat curi balik JB. Kebetulan
cuti tahun dia banyak lagi, jadi dia sengaja apply emergency leave dan terus
balik JB esoknya.
“Sofea,”
suara dari belakang mematikan pandangannya pada mug biru itu. Sofea serius kau
angau tak dapat tengok orannya mug biru tu pun jadi kau tenung. Dia memusing badan mencari pemilik suara yang
memanggilnya. Abang Mirza tersengih memandangnya.
“Selamat
bertunang Cik Sofea begitula bertunang tak jemput pun abang. Kecik hati abang
ni tau,”ujar abang Mirza.
Sofea melopong. Bertunang? Sejak bila dia
bertunang, patutla dia pelik sejak dia sampai tadi dia perasaan staff-staff
yang terserempak dia tadi menjeling-jeling tangan dia, paling tepat pada
jarinya.
“Abang
Mirza, Kak Yam panggil naik atas,” tiba-tiba Nisa terjengul dari muka pintu.
“Sofea,
syukur kau selamat. balik bertunang tak ajak aku tau. Sentap aku kalau tak
sebab Ain bagi tau semua orang buat spekulasi yang kau kena culik dengan alien
la, dah berhenti kerja la. Tapi aku tetap tak puas hati kau tak ajak aku tau.
Sentap tau,” giliran Nisa menyemburnya tak berhenti. Sofea terpaku lagi.
Bertunang? Kenapa dia tak tahu yang dia bertunang.
“Abang Mirza cepat la karang Kak Yam
mengamuk karang tu,”
“Eleh…orang tunggu dia membebel tak
berhenti-henti dari tadi la,” abang Mirza mencebik.
“Banyakla…Sofea, I catch up with you
later kau ingat aku sentap lagi ni tau. Jom cepat abang Mirza,” Nisa menarik
lengan kemeja abang Mirza.
Sofea mengeleng-geleng kepala. Kenapa la dia
seorang je tak tau yang dia dah bertunang. Ni sah mulut Ain ni. Jemarinya
lincah mendail nombor Ain. Setengah saat nada tersambung,
“Whats
up Sofea?”
“Banyak
la kau punya whats up, weh kau cakap aku dah bertunang ke wei?
Ain gelak.
“Sofea,
aku ada hal ni. Call you later,” lekas-lekas Ain mematikan talian. Siap kau Ain
balik rumah nanti.
*****
Bahu yang sengal-sengal di urut perlahan.
Matanya tertancap pada skrin laptop, sesekali dia tersengih. Lepas kejadian
hari tu budak-budak ofis nya ramai yang ucapkan tahniah pada dinding Facebook.
Dia malas nak clarify jadi dia tak cakap banyak, dia sengih je. Sedang asyik
mendengar lagu Andaiku bercinta lagi nyanyian Mojo, bunyi berdenting. Facebook
chat nya berkelip-kelip.
Mikhail:
Salam, selamat bertunang
Sofea:
Walaikumusalam, Mikhail, saya nak jumpa awak petang esok balik kerja boleh ke?
Mikhail:
Okay.
*****
Mikhail mendengus perlahan Hatinya di palu resah sejak seminggu
yang lalu dia dengar yang Sofea dah bertunang. Memang tak mustahil sebab
tiba-tiba Sofea menghilang seminggu, memang dia pernah cuba nak hubungi Sofea
tapi entah kenapa hatinya keras. Dia memandang lama telefon bimbit, nombor
telefon Sofea di dail belum sempat nada tersambung dia lekas-lekas menekan
butang merah. Hatinya resah lagi.
*****
Pintu kereta dibuka perlahan, Sofea meloloskan diri ke dalam
kereta, tangannya menarik tali pinggang keledar. Mikhail tersenyum memandang.
Dia memandang Sofea tersenyum. Lima minit setelah masuk ke dalam kereta
masing-masing membisu.
“Mikhail, saya ada
benda nak bagi tahu awak sebenarnya tapi lebih baik rasanya saya bagi tahu face
to face supaya awak tak salah sangka, selain family saya awak orang kedua yang
tahu,” Sofea cuba menghidupkan suasana sunyi yang tercipta sejak dari tadi.
Mikhail senyap. Hatinya berdegup kencang. Mungkin betul sangkaan
dan khabar angin selama ni Sofea memang dah bertunang. Air matanya sudah
bergenang, dia sedaya upaya menumpukan perhatian pada pemanduannya. Ya Allah
cekalkan la hati aku untuk menerima segala apa yang berlaku. Mikhail mengangguk
keras, sempat di amenjeling pada jari Sofea segera Sofea menyembunyikan
jemarinya.
“Cakap la, apa
benda yang awak nak cakap?” ada nada keras pada suaranya.
“Tunggu la sampai
nanti baru saya bagi tahu,”jawab Sofea lembut.
“Bagitahu la, saya
tak boleh nak fokus drive nanti,”ujarnya. Suara dia mendatar. Mikhail cuba
menumpukan perhatian lagi, tanpa disedari air mata sedikit lagi mahu tumpah.
Pantas dia menyeka sebelum dia mencurah-curah lagi. Entah kenapa hatinya tidak
tenteram. Dia takut akan kebenaran yang bakal diterima Sofea tak sampai hati, dia tahu Mikhail bukan
jenis yang mudah menangis.
“Awak,” panggil
Sofea lembut.
Mikhail senyap, dia terus melemparkan pandangan pada jalan raya.
“Awak..ingat tak
hari ni Isnin lepas berapa hari bulan?” soal Sofea tiba-tiba.
Otaknya ligat mengira.
“18 hari bulan. Kenapa?”soal dia kembali. Pelik. Apa kena
mengena tarikh 18 hari bulan dengan apa yang terjadi. Dia bingung.
“Haa..saya dah
ingat bukan awak cakap hari tu awak test awak kereta kan?”
Sofea mengangguk laju.
“I pass with
flying colors,” ujar Sofea sambil tergelak.
“Phewww….lega
saya,” Mikhail koyak senyum lebar.
“Kenapa awak?”
“Tak ada apa-apa,”
dia menjawab. Kala itu mahu saja dia keluar dari kereta kemudian jerit
kuat-kuat sambil lompat bintang.
******
******
26 Julai 2010,
Mikhail senyum bila dia nampak kelibat Sofea. Mikhail ,kau boleh
buat punya. Dia bermonolog sendirian. Sofea menghampiri pintu kereta, dan
seperti biasa Mikhail akan terlebih dahulu membuka pintu kereta untuknya dari
dalam.
“Assalamualaikum,”
ujar Sofea.
“Walaikumusalam,”
jawabnya. Dia melempar senyum lagi.
“Kita nak pergi
mana ni?” soal Sofea. Bila dia perasaan Mikhail menghalakan kereta ke arah
Kampung Baru.
“Kita pergi The
Ship nak?”
“Okay…” dia
menjawab.
“Sofea, saya ada
benda nak cakap, errr..tapi macam mana nak cakap ye…”
“Cakap apa awak?”
“Macam mana nak
mula ye, saya tak tahu nak mula dari mana…”ujarnya lagi. Sofea tergelak. Tanpa
sedar mereka dah sampai ke destinasi. Akhirnya Mikhail senyap. Selepas makan
Mikhail senyap sampai la dia hantar pulang ke rumah Sofea. Dia masih kaku.
Sofea hanya lempar senyum.
******
27 Julai 2010,
Getaran telefon bimbit dari dalam beg mengejutkan Sofea.
1 message received- Mikhail
Awak, keluar kejap
saya ada dekat parking lot. Please, kita keluar lunch. Saya ada benda nak
cakap. IMPORTANT.
Sofea tergelak. Beg tangan di capai di sangkut ke bahu, kaki di
bawa arah parking lot. Mikhail kelihatan sudah sedia menunggu sambil menyandar
di pintu kereta. Mikhail mengukir senyum.
“Jom ,” ajak
Sofea. Mikhail mengangguk.
******
“Awak nak cakap apa? tanya Sofea sekembali dari makan
tengah hari. Mikhail menarik nafas panjang.
“Sofea, saya sukakan awak, saya sayangkan awak, saya
cintakan awak,”ujar Mikhail dengan penuh yakin. Dia memandang tepat pada mata
Sofea.
Sofea terpempam, dia senyap. Dia menarik senyum segaris. Sampai
di depan bangunan pejabat, Sofea masih membisu.
“Thanks for lunch,”
Sofea menarik senyum segaris.
“Sofea,” panggil Mikhail
sebelum dia menutup pintu kereta. Sofea berjalan laju membiarkan Mikhail
terpinga-pinga. Serentak handphonenya berbunyi. Segera dia memandang skrin
telefon.
1 message received
– Sofea
SAYA PUN SAMA,
MIKHAIL.
Si penerima SMS meraup nafas lega sungguh kalau hari ni dia
telan selori lemon dia masih boleh senyum.
No comments:
Post a Comment